Kejadian yang berlaku pada waktu tengah hari di daerah Fengdu, Chongqing, selatan barat China, mangsa yang berusia 14 tahun itu disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di hospital.
Kejadian mengerikan itu sempat dirakam oleh seorang pengunjung yang kemudian di muat naik ke media sosial.
Horrific: A 14-year-old girl got thrown out of a malfunctioned swing ride and died at an amusement park in SW China’s Chongqing on Fri http://pic.twitter.com/DCVu9r3lK8— People's Daily,China (@PDChina) February 3, 2017
Video menunjukkan alat pengunci keselamatan tempat duduk mangsa terbuka secara tiba-tiba dan menyebabkan badan mangsa terjuntai selama lima saat dan dihentak pada papan tanda permainan berkenaan sebelum tercampak ke lantai.
Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu menjerit ketakutan, sehingga ada segelintir pengunjung segera melarikan diri dari permainan tersebut kerana bimbang jika mesin tersebut rosak dan serpihan objek menimpa mereka.
Mangsa dikejarkan hospital pada jam 2.20 petang. Namun doktor gagal menyelamatkan mangsa.
Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan dan mengambil keterangan saksi-saksi kejadian. - The Reporter
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :