Assalamualaikum,
mohon admin hide profil saya ye…Saya nak ceritakan pengalaman saya
selama hidup berumah tangga ni. Saya dan bekas suami kahwin muda, kerana
tuntutan kerja kami terpaksa pjj faktor ni pun sebab masalah gaji suami
yang tak cukup dan saya tak boleh nak berhenti kerja sesuka hati sebab
beberapa bayaran utama tiap-tiap bulan saya yang kena bayarkan. Hidup
kami berjalan seperti biasa, setiap hujung minggu kami akan berjumpa
suami di selatan saya di pantai timur.
Tapi betul kata orang naluri isteri tak akan pernah silap tentang
suaminya. Saya dah mula syak suami saya curang dengan kawan saya sendiri
jugak tu. Masa suami saya takda dia boleh datang rumah saya tanpa ada
rasa bersalah. Mungkin Allah nak tunjuk kot, suami saya dengan perempuan
tu kena tangkap khalwat. Berderai hati saya masa tu Allah saja yang taw
dia merayu untuk saya terima dia lagi sampai sanggup bersumpah junjung
Al-Quran yang dia takkan lagi buat perangai macam tu, yang dia takkan
lagi contact dengan perempuan tu.
Saya sanggup letak tepi sakit hati saya, air mata saya sebab fikir
sayangkan rumah tangga walaupun suami buat saya macam tu sikit tak
pernah terdetik kat hati saya untuk curang dengan suami tapi benda ni
tak habis dekat situ masih lagi jadi. Sampai 1 hari tu saya terjumpa fon
yang dia sorok untuk berhubung dengan perempuan tu. Paling luluh lagi
hati saya siap ada gambar dia dengan perempuan tu dalam keadaan yang tak
sepatutnya tapi saya tak taw la mana silap saya sampai saya boleh lagi
maafkan dia lagi. Saya sanggup lagi ketepikan rasa sakit saya tu, air
mata ni jangan la cakap Allah saja tahu macam mana perit nya saya telan.
Untuk pengetahuan semua, kebanyakkan perbelanjaan saya yang tanggung
sebab gaji suami sikit sebab dia da wat loan peribadi dulu. Salah saya
mungkin sebab terlalu sayangkan suami sampai saya sanggup biarkan hati
saya sakit. Kemuncak saya nekad untuk bercerai bila suami kahwin di siam
sebab perempuan tu dah mengandung. tuan dan puan taw saya masa taw tu
sikit pun saya tak sentuh atau jentik perempuan tu yang saya mampu
katakan “demi Allah sampai mati aku takkan maafkan hang” dan mungkin
part paling bodoh lagi time tu saya masih lagi sanggup nak terima suami
dengan syarat dia ceraikan perempuan tu. Mesti tuan dan puan rasa saya
bodoh kan??? tapi semua tu atas sebab saya sayangkan suami.
Satu hari tu masa perempuan tu dah bersalin saya ada p tengok baby tu.
Masa tu Allah ja taw macam mana hati saya menangis tengok baby tu. Masa
tu saya dah tekad baby tu dan perempuan tu lebih perlukan saya sebab
perkahwinan saya dan suami belum dikurniakan anak biarlah saya yang
undur diri. Saya minta suami lepaskan saya, berubah la jadi suami dan
ayah yang terbaik untuk keluarga yang baru ni.
Saya dah cakap dekat suami yang saya dah maafkan dia sebab baik buruk
dia, dia tetap lelaki yang pernah jadi sebahagian dari hidup saya cuma
untuk saya maafkan isteri baru dia tu mungkin agak susah tapi untuk saya
bangun balik dari ape yang jadi bukanlah mudah, keluarga kawan-kawan
saja yang tahu macam mana derita untuk saya bangun balik tapi
alhamdulilah kini saya boleh kembali bangun, boleh kembali senyum dengan
hidup sebab saya percaya selepas apa yang Allah duga saya ni pasti akan
ada bahagia untk saya selepas ni. Sebelum kantoi diaorang kahwin saya
pernah mimpi suami bawa perempuan tu pergi klinik buat pemeriksaan ibu
hamil, besar betul kuasa naluri hati yang tuhan anugerahkan buat isteri
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :