RootOfSience

HAPPY?!

Beberapa minggu lepas, penulis artikel ini telah dihubungi seorang rakan lama yang bertanyakan tentang ‘ubat sakit tekak’ atau sejenis candy yang dijumpai di poket seluar sekolah anaknya.

Related image

Pil berbentuk bulat, berwarna pastel oren-merah jambu dengan bungkusan merah lutsinar di depan dan lapisan perak dibelakang. Ia kelihatan seperti bungkusan lozenge yang diambil untuk sakit tekak. Cuma pilnya lebih kecil.

 

Image result for erimin 5

Beliau yang kebetulan mengalami sedikit inflamasi pada tekak kerana cuaca yang tidak menentu, tanpa berfikir panjang terus mengambil pil tersebut. Apabila diletakkan diatas lidah, ia terasa sedikit manis dengan perasa mint yang sangat lembut. Tidak seperti lozenge biasa yang mempunyai rasa mint yang kuat.

Related image

Selepas 10 minit, kepala terasa amat berat. Badan terasa lemah. Silibus pengajaran yang sedang disiapkan di laptop tampak berbalam-balam. Langsung beliau tidak boleh berfikir dengan jelas. Malah, mahu mengeluarkan suara untuk meminta pertolongan dari isteri yang sedang tidur juga tidak dapat dilakukan. Beliau masih sedar, namun terasa berada diawang-awangan. Sangkanya, tekanan darah mencanak naik!

APAKAH SEBENARNYA PIL TERSEBUT?

Ia adalah Nitrazepam, sejenis dadah dalam kelas benzodiazepine yang mengakibatkan kesan hipnotik, sedatif (pemangkin tidur) dan digunakan juga sebagai perehat otot (muscle relaxant).

Image result for nitrazepam

Nitrazepam sebenarnya adalah ubatan berdaftar yang digunakan secara klinikal untuk rawatan pesakit yang mempunyai masalah tidur (insomnia, selalu terjaga dengan tiba-tiba, keresahan) yang didaftarkan dengan nama komersil Erimin. Ia juga digunakan dalam rawatan epilepsy (sawan) apabila rawatan ubatan lain menemui kegagalan.

Image result for insomnia

Namun, ubat ini seringkali dijual dalam pasaran gelap untuk kegunaan rekreasi dan terkenal sebagai ‘soft drug’ dalam kalangan pengguna dadah. Erimin digunakan sebagai ‘club drug’ dan diambil dengan alkohol. Seringkali ia diambil bersama dadah lain seperti ecstasy, methamphetamine dan benzodiazepine lain.

Related image

Harganya yang murah berbanding dadah jalanan lain menyebabkan ia popular dikalangan kanak-kanak sekolah dan pelajar awal remaja (satu tab sepuluh pil cuma berharga sekitar RM15 – RM40 sahaja). Ia popular dengan nama ‘Happy’, ‘Five’, ‘Happy 5’.

Image result for erimin 5

BAGAIMANA ERIMIN BERFUNGSI?

Seperti dadah benzodiazepine yang lain, Erimin juga bertindak keatas reseptor GABA di otak. Ia akan menambat pada reseptor GABAA dan menyebabkan neurotransmitter GABA menambat pada reseptor GABA dengan lebih efisyen.

Image result for benzodiazepines mechanism of action gaba

Neurotransmitter GABA adalah neurotransmitter yang bersifat merencat sesetengah aktiviti neuron. Ia terlibat dalam aktiviti rangsangan tidur, merehatkan aktiviti otot, mengawal keresahan dan secara kesimpulannya melumpuhkan dan merehatkan fungsi otak (CNS). Benzodiazepine seperti Erimin akan meningkatkan aktiviti neurotransmitter GABA pada reseptor, seterusnya menggalakkan fungsi GABA tersebut.

Image result for gaba sleep

APAKAH KESAN PENGAMBILAN ERIMIN

Seperti yang terlihat pada kes diatas, kesan pengambilan Erimin terlihat seperti:

  • Hilang kesedaran
  • Kekurangan fungsi kognitif dari segi mengambil keputusan, berfikir, hilang tumpuan
  • Kesukaran untuk mengawal fungsi tubuh, bercakap, bergerak
  • Kesukaran mengingat, pelupa

Image result for erimin 5

Erimin juga mampu memberikan kesan ketagihan seperti dadah rekreasi lain. Ia juga mampu meningkatkan keadaan toleran.

Prihatin pada aktiviti anak-anak dan anggota keluarga. Selalu memberi perhatian pada mereka.

Sayangi diri dan keluarga. Jauhi dadah!

 

RUJUKAN

Monti JM. 2015. The Pharmacological Treatment of Sleep Disorders. A Comprehensive Guide to Its Development, Clinical Milestones, and Advances in Treatment. Springer New York. DOI: 10.1007/978-1-4939-2089-1_59

Han, W. W., Yakatan, G. J. and Maness, D. D. (1977), Kinetics and mechanisms of hydrolysis of 1, 4-benzodiazepines III: Nitrazepam. J. Pharm. Sci., 66: 795–798. doi:10.1002/jps.2600660613


Sumber: RootOfSience


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.