RootOfSience

Benarkah teknologi akan menggantikan kerjaya doktor, peguam dan profesyen yang lain?

Seperti yang dinyatakan oleh laman sesawang Harvard Business Review, teknologi bakal menggantikan kesemua profesyen pekerjaan seperti doktor, peguam dan lain-lain. Ini kerana, kemajuan penyelidikan dalam bidang kecerdasan buatan (AI) dan robot telah cuba bersaing dalam membuktikan bahawa mereka (AI) lebih efisien berbanding manusia sendiri. Wow. Berat dah ni.

Rawatan melalui tele-sidang

 

Ironinya, keadaan ini menjadi semakin kritikal kerana para profesional sendiri yang menyatakan bahawa keperluan robot atau sistem automasi adalah amat diperlukan untuk kerja-kerja rutin pada setiap kali sesi konferens. Jadi, timbul persoalan apakah kerja-kerja rutin seperti menjahit luka, menyambut bayi lahir dan melakukan pembedahan membuang apendiks akan dilaksana oleh robot sepenuhnya? Ha, usah dibuat gila. Namun demikian, mereka masih menekankan bahawa kepakaran manusia tetap diperlukan untuk menyelesaikan perkara-perkara yang rumit yang mana melibatkan penghakiman, kreativiti dan empati.

 

Isu Uber dan teksi di Malaysia tidak berpenghujung

 

Antara contoh rutin harian yang telah diragut oleh teknologi, Uber berjaya mengambil-alih industry teksi di negara kita. Begitu juga dengan sistem sewaan harta tanah, Airbnb telahpun mengambil alih tugas agen hartanah dengan begitu cemerlang di bandar-bandar besar. Tambahan lagi, kos menggunakan teknologi tersebut adalah jauh lebih murah dan adil berbanding kos yang dikenakan oleh manusia tanpa teknologi. Keadaan semakin menggila apabila Amazon pula memperkenalkan kedai runcit elektronik sepenuhnya melalui Amazon Go. Pengguna hanya perlu masuk, ambil barang dan keluar tanpa perlu bertemu dengan pekedai. Barangan akan dicaj terus ke dalam kad kredit anda. Jadi, di manakah peluang kerjaya manusia pada masa itu?

 

 

Menyentuh bidang pendidikan pula, kini terdapat pelbagai prototaip sistem pendidikan yang dikhususkan (personalized) untuk setiap individu. Dari pelajar biasa hinggalah ke pelajar yang mengalami masalah pendengaran, autisme, buta, disleksia dan pelbagai lagi tetap boleh mendapatkan pendidikan yang sama. Jadi, apakah profesyen guru sudah boleh kita hapuskan sedikit demi sedikit?

 

Pembelajaran yang dikhususkan

 

Untuk menjawab persoalan ini, kita perlu untuk bertanya kepada diri sendiri. Apakah perkhidmatan perubatan semakin mahal, kucar-kacir, tidak efisyen dan sukar diperolehi di kawasan terpencil / pedalaman? Adakah capaian ke sistem keadilan negara pada masa kini sukar? Adakah sistem pendidikan sedia ada adil di seluruh pelosok negara? Adakah juruaudit dan akauntan sedia ada mampu menyekat kesemua skandal kewangan? Seandainya jawapan ini positif semuanya, maka usah ragu-ragu mengatakan bahawa kepakaran manusia tetap diperlukan berbanding robot dan AI. Ini kerana, manusia secara umumnya mampu beradaptasi dan menghasilkan teknologi untuk mengelak dari bertemu dengan kepakaran manusia yang korup.

1. Wallsten, S. (2015). Has Uber forced taxi drivers to step up their game?. Atlantic.
2. Zervas, G., Proserpio, D., & Byers, J. W. (2014). The rise of the sharing economy: Estimating the impact of Airbnb on the hotel industry. Journal of Marketing Research.
3. Hart, S. A. (2016). Precision education initiative: moving toward personalized education. Mind, Brain, and Education, 10(4), 209-211.
4. Thomas, P. P. M., Alshehri, S. M., van Kranen, H. J., & Ambrosino, E. (2016). The impact of personalized medicine of Type 2 diabetes mellitus in the global health context. Personalized Medicine, 13(4), 381-393.

Sumber: RootOfSience


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.