Siapa sangka, seorang nenek yang berusia 71 tahun berkahwin dengan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun selepas mereka berdua berkenalan di majlis pengebumian anak lelaki wanita tersebut.
Almeda Erell dari London yang mempunyai empat anak berkata, dia tidak menyangka akan berkahwin dengan Gary Hardwick selepas bertemu di majlis pengebumian anak lelakinya, Robert, 45, yang meninggal dunia akibat sawan.
“Di sebalik pemergian anak lelaki saya, pada hari itu juga saya bertemu jodoh buat kali kedua dengan lelaki yang muda 54 tahun daripada saya.
“Saya tidak berniat mencari pasangan muda tetapi dilamar oleh Hardwick. Saya katakan kepadanya dia mungkin sudah gila tetapi kami saling menyayangi selepas itu,” katanya yang turut mempunyai seorang cucu berusia 21 tahun, tiga tahun lebih tua daripada suaminya itu sekarang.
Erell yang kehilangan suami pertama, Donald pada 2013 akibat kencing manis, berkahwin dengan Hardwickpada Oktober tahun lepas.
Hardwick yang kini berusia 18 tahun, mempunyai ibu, Tammy yang berusia 48 tahun dan nenek, Carolyn yang sebaya dengan Erell.
“Kehidupan sekarang menjadikan saya berasa seperti seorang remaja semula,”tambah Erell. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: Daily Miror
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :