Sensasi

Tombong terkeluar akibat tidak menjaga pantang selepas bersalin

Pernah dengar atau baca tentang tombong? Pastinya tidak pernah. Al-maklumlah perkara yang melibatkan golongan wanita bagi yang sudah pernah bersalin. Walau bagaimanapun, ada pentingnya juga golongan suami mengambil tahu tentang tombong ini.

Jika si isteri tidak menjaga pantangnya, si suami wajiblah membantunya. Sama-sama menjaga dan bantu membantu agar perkara ini tidak berlaku pada isteri tercinta. Jika tidak dijaga dan tombong terpaksa dipotong, mungkin itulah kali terakhir si isteri mengandungkan zuriat keturunan suaminya. 



 Kisah keluar tombong (rahim). Semoga menjadi pengajaran kepada semua. 

Dulu saya tak pernah tahu 'tombong' itu apa. Bila sebut tombong, saya bayangkan serombong kapal. Rupa-rupanya salah. 

KISAH 1

Pertama kali saya mendengarnya dari mak mentua yang selalu cerita di zaman kanak-kanaknya dia pernah ternampak seorang nenek yang membasuh pakaian di tepi sungai sambil mencangkung, akan ternampak tombongnya keluar. Sambil tertanya-tanya apa yang dilihatnya itu, sambil itu juga tombong itu berayun ke sana sini seperti buai. 

Balik ke rumah, arwah nenek suami memberitahu mak mentua bahawa itu adalah tombong. Orang perempuan yang tak menjaga pantang dan yang main-main dalam pantang, itulah hasilnya. 

Sehingga sekarang mak mentua memang selalu ingatkan tentang keluar tombong ini. Bagi orang tua dulu, sekali dah keluar tombong, memang tamatlah fungsi sebagai seorang wanita. Dah tak boleh buat apa. Pergi hospital, potong saja. 

KISAH 2

Boleh kongsi bagaimana anda berpantang? Apa pendapat mak dan orang sekeliling anda tentang berpantang selepas bersalin? Wajib atau mengada-ngada atau kolot? 

Kisahnya, ada seorang sahabat baik arwah ayah yang merangkap sahabat baik keluarga adalah seorang pakar urut saraf. Pakcik Hassan namanya, menetap di Gombak. Pakcik Hassan buka tempat urutan saraf. Arwah mak kepada Pakcik Hassan pula memang seorang bidan tersohor. Jadi secara tidak langsung, Pakcik Hassan cerita yang dia banyak juga belajar dari mak dia tentang orang perempuan. 

Untuk pengetahuan, Pakcik Hassan tak buat urutan bersalin. Hanya mengurut bagi mereka yang terkena slipdisc, jatuh, lumpuh dan kes-kes kritikal yang lain sahaja. 

Satu hari, dari biliknya rumah sewanya yang sederet dengan pelajar UIA lain, Pakcik Hassan terhidu bau sesuatu. Makin lama makin kuat, kembang kempis hidung dia menahan bau itu. Sangat kuat, baunya seperti bangkai seperti membuatkan dia mengalami pening kepala. 

Tiba-tiba pintu bilik diketuk awal. Biasanya Pakcik Hassan akan menunggu isteri datang menemankan dia mengurut sampai malam. Waktu mengurut belum bermula lagi ketika waktu pintu diketuk.

Dibuka pintu, tengok ada seorang perempuan muda dan ibunya datang. Perempuan itu menangis-nangis menahan kesakitan. Bau busuk pada ketika itu memang sangat tajam dan teruk! Dah tak terkata apa, cuma perkataan minta tolong sahaja dari perempuan muda ini yang berusia 21 tahun. 

Menurut ibunya, anaknya sudah tidak mampu menangis sakit dan menangis kerana keluar tombong. Bau tadi rupanya hasil dari tombong terkeluar tadi. Bayangkan betapa busuknya bau sampai dari jauh pun boleh terhidu. 

"Pantang macam mana?" soal Pakcik Hassan. 

"Dia memang tak hirau cara berpantang yang betul. Bagi dia, berpantang itu sangat kolot, old fashion dan mengada-ngada. Jadi disebabkan mahu menyenangkan dia, malas jaga anak ketika dalam pantang, dia beli saja makanan di kedai luar. Mi goreng, nasi goreng, sup sayur, ayam goreng dan pelbagai lagi. Bagi dia, asalkan anak kenyang, bayi cukup susu, sudah," kata ibunya. 

"Suaminya mana?" soal Pakcik Hassan lagi. 

"Suaminya sudah keluar dari rumah sebab tak tahan bau bangkai. nak tolong isteri, jauh sekali. Yelah, sama-sama muda, isteri tak boleh pakai, keluarlah rumah," jelas si ibu. 

Dalam keadaan serba salah, Pakcik Hassan menjelaskan bahawa isteri dia belum datang. Tetapi ibu perempuan itu merayu-rayu agar anaknya dibantu. Sudah pergi ke hospital tetapi hendak dipotongnya tombong itu. Entah dan tidak pasti sama ada itu memang jalan terakhir atau tidak. 

Pakcik Hassan pun pergi ke farmasi untuk membeli sarung tangan dan beberapa perkakasan lain. Kemudian balik semula ke biliknya untuk memulakan rawatan (rawatan pertama dan terakhir kes sebegini yang Pakcik Hassan buat atas sebab belas kasihan). 


Selesai menyiapkan diri, Pakcik Hassan tolak tombong itu masuk ke dalam! Akibat terlampau sakit, perempuan muda itu pengsan. Selepas diurut, ditungku dan disapu ubat, 30 minit kemudian barulah perempuan itu sedarkan diri. 

Tahu apa perkataan pertama yang keluar dari mulut dia?

"Nak nasi, pakcik."

Rupa-rupanya sebab tak tertanggung sakit keluar tombong, jadi sampai tak lalu makan beberapa hari. Kasihan betul.

Bila dengar cerita Pakcik Hassan, memang boleh naik bulu roma menahan ngeri. Bersalin pun sakit, ini pula tombong ditolak masuk ke dalam semula dengan cara paksa. Tidaaakkk!! Tiba-tiba rasa jelly-jelly kaki. 

Apa kisahnya selepas itu? Saya pun tak tahu, tak tanya pula Pakcik Hassan sama ada dia ada bertemu semula dengan perempuan muda itu atau tidak. Saya harap ibunya sedar betapa pentingnya yang 'kolot' ini. 

KISAH 3

Jagalah diri dan kesihatan dalaman baik-baik. Saya pernah rasa sakit rahim jatuh (belum sampai tahap tombong), sakit urat yang teruk, meroyan hampir hilang akal. 

Walaupun ada mak dan mak mentua yang banyak berpesan, tetapi sebagai orang muda, kita ada waktu sombong kita juga. 

Banyak jamu dan ubat yang dijual di pasaran. Boleh pilih mana yang terbaik. Saya sendiri pun sudah mencuba pelbagai jenama sebelum kena bising dengan mak. Ada yang serasi, ada yang tidak. Tetapi yang penting dah tahu perbezaan dan kesan pada badan. 

Antara jamu yang pernah digunakan: 
  1. Saya suka Jamu Susuk Dara sebab saya beli, makan mengikut nasihat yang diberikan oleh seller yang peramah orangnya dan baik. 
  2. NR pun saya pernah cuba. Dapat hadiah dari sepupu abang ipar. Saya serasi dengan produk tersebut. Consultation pun saya dapat dengan betul. 
  3. Ambar Kenanga juga pernah dimakan tetapi tidak serasi. Tak pasti sama ada jenama ini masih wujud atau sebaliknya. 
  4. Mak Dara juga pernah dimakan. Terlampau panas dan sentiasa dahaga. Kesibukan bekerja pada waktu itu membuatkan saya selalu terlupa minum air. Juga tidak pasti sama ada jenama ini masih wujud atau sebaliknya. 
  5. Makjun homemade paling serasi dan berkesan dengan saya adalah dari Terengganu. Makcik abang ipar yang buat. Tapi sekarang dah tak buat. Sayangnya. 
  6. Makjun Mekah pun saya pernah makan. Serasi juga tetapi selalu lupa simpat, jadinya naik berkulat. Tetapi sekarang saya lebih selesa bercemu. 


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.