Nama aku Farah. Khamis minggu lepas, lepas masak solat semua, tengok jam pukul 5.30. Biasanya paling lewat suami inform keluar ofis 5.15. Kalau balik lambat pun memang awal2 dah bagitau. Sy try call nak tanya tapi 3kali tak berangkat so sy fikir maybe tgh bawa moto. Sy yg tgh tak sihat tu pun terlelap.
Sampai lah sy terjaga dalam 7.45 masa ni jaga terus tengok henset tp
takda sebarang notification drpd dia. Sy tengok suami duk tengok tv
dalam keadaan dah siap mandi semua. Sy dengan gelabah nya minta maaf kat
dia sebab sy tak pernah abaikan dia masa dia balik kerja. Memang rasa
bersalah. Tanya benda yg memang selalu jadi bualan masa dia baru balik.
Tp dia biasa je tak respon sangat.
Sy tanya pulak, kenapa abg tak kejut ayg waktu abg sampai? “Dah tgh
tidur malas sy nak kacau awak. Dah la gi cuci muka dulu” Masa tu sy mmg
tak sedap hati. Kenapa panggilan berubah. Sy ingat dia merajuk sy tak
sedar masa dia balik. Sy pun cuba la ambil hatinya semula. Tanya abg dah
makan ke belum. Nak makan tak. Then dia cepat2 bentak sy kata tak
payah.
Sy tak lapar, sy tak dahaga, sy takda selera nak makan. Masa tu dah menitis air mata sy tp sy masih tanya lagi abg ada masalah ke kalau ada masalah kongsi lah jangan macam ni. Biasa nya kalau dia ada problem kat tempat keja ke atau problem lain balik je rumah dia buat2 manja sedih then terus je cerita pd sy tp kali ni memang beza. “dahla gi solat pukul8 dah nanti tebabas” tiba2 dia tinggikan lg suara dia. Sy pun akur.
Sy tak lapar, sy tak dahaga, sy takda selera nak makan. Masa tu dah menitis air mata sy tp sy masih tanya lagi abg ada masalah ke kalau ada masalah kongsi lah jangan macam ni. Biasa nya kalau dia ada problem kat tempat keja ke atau problem lain balik je rumah dia buat2 manja sedih then terus je cerita pd sy tp kali ni memang beza. “dahla gi solat pukul8 dah nanti tebabas” tiba2 dia tinggikan lg suara dia. Sy pun akur.
Selesai solat maghrib, sy bangun dan menuju ke bilik kami utk panggil
dia jemaah isyak sama2 memandangkan org tengah azan isyak tp malangnya
pintu dikunci. Sy panggil dia ketuk2 pintu tak nyahut. Sy pun bersila
sandar dekat pintu bilik tunggu dia. Dah tengah tak sihat ni dapat
sandar kat benda keras pun rasa macam tengah tidur atas tilam. Terkejut
sy dia buka pintu mengejut dan dan badan serta kepala sy ikut gerakan
pintu yg dibuka (dapat bayangkan cemana) tetiba jadi pening sikit sambil
pegang kepala. Sambil tu dia cakap dalam nada kasar haa sapa suruh
sandar kat pintu jangan nak salahkan sy pulak sakit pala tu. Dia pun
keluar ke arah ruang tamu. Sy pun gi lah solat isyak sendiri. Selesai
solat, sy tenangkan diri kejap. Muhasabah diri.
Ikutkan perasaan nak je sy melepek kat dia mcm biasa sy buat kalau sy
tak sihat. Sy akui sy ni memang manja. Sakit sikit pun nak perhatian
lebih2. Lagi2 sy ni dah takda mak ayah. Ayah meninggal masa sy kecik.
Mak meninggal masa sy baru nak kenal erti kehidupan zaman N ni. Jauh
pula dr adik beradik kat kl, sy ikut suami kat pahang. Memang rasa alone
bila diperlakukan macam tu. Emm. Tp dah macam ni, sy fikir cara nak
ambil hati dia semula. Bila dah ok, sy dapatkan dia. Cuba utk slowtalk.
Tp dia tetap buat tak hirau dan marah2 sy. Sy rasa ada something wrong
tp dia taknak cakap, Allah uji sy malam ni.. Sy mengalah.. Sy rasa sy
perlu bg dia masa utk tenang.. Lagipun memang tak sedap badan sangat
masa tu. Sy pun cakap lah sy tak sihat ni, sy minta izin utk tidur
dulu.. Dia pun laju je kata dah pegi lah.. Sy pun akur.
Sy terus lena, pastu terjaga bila dia dah masuk tidur. Tp dia tidur
belakangkan sy. Sy ambil tangan dia rasa leher dgn dahi sy, sy cakap sy
demam. Muntah. Tp dia cuma bunyi emm emm je. Sy belakang dia dah kesat
kesat air mata. Yela dia tak penah macam ni sebelum ni. Mana lah sy tak
terasa sampai macam tu sekali.
Esoknya pun sy jaga time dia dah nak gi keja. Sy terlepas subuh.
Terlewat nak masuk mengajar tp memang plan sy nak mc pun hari jumaat tu
sebab mmg tak larat sangat2. Tu pun jaga sbb dia goyang2 betis sy. Sy
dgn lemahnya cuba buka mata minta maaf dgn dia sy terbabas dan memang
tak terjaga langsung. Minta maaf tak dapat sediakan sarapan. Sy agak
masa tu dalam pukul7 sebab biasa sama2 siap time macam ni. Dia dah
bangun nak gerak tp sy cakap kejap bang.. Sy cakap nak gi klinik. Masa
tu cakap sambil batuk2 rasa mual.. Dia kata ok.. Sy tanya abg taknak
bawa ke.. Ayg tak larat la.. Dia jawab awak boleh drive kan. Sy ada hal
penting pagi ni nak settel. Ada mesyuarat penting katanya. Sy dah
menitis air mata masa tu.
Tiba tiba rasa nak muntah tak sempat bangun sy muntah atas katil. Dia
boleh marah sy. Kata sy ni macam budak kecik dah tahu nak muntah tu
cepat2 la bangun masuk bilik air. Tempat tu lah nak tidur tempat tu lah
sy muntah. Tak tahu najis ke. Belajar agama tinggi2 tp tak tahu cemar
cuci. Dia hina sy. Hina pelajaran sy. Sy tak hirau dah masa tu, memang
tak tahan dah memang banyak sy muntah. Alang2 dah muntah situ sy
habiskan muntah sy atas tu. Bila dah habis keluar sy rasa macam lega
sikit tau. Sy pandang dia. Sy pun menjawab tp rasanya tak lah biadab
sangat pun bahasa sbb dah tengah sakit sangat. Lagipun sy ni memang
jenis suara halus tak reti berkasar.
Tp masa tu sy tak tahan sangat dengan perangai dia. Sy perli dia. Sy
kata awak kalau tak boleh tlg sy tak payah lah marah2 sy. Awak ingat sy
sengaja ke muntah kat sini. Kalau taknak tlg tu dah pegi je kerja. Kerja
tu penting. Meeting tu penting. Sy tahu la nak cucikan semua ni. Sy
bukan budak kecik sy tahu cemar cuci. Pandai lah sy bersihkan nanti. Dia
diam. Sy pun usaha utk bangun turun dr katil nak ke bilik air, tiba
tiba dia dalam nada ego, tak ikhlas papah badan sy “meh nak tlg, cepat
sikit gerak sy dah lewat ni” sy tepis sy cakap tak payah. Gi je kerja.
Kerja tu penting. Sy memang geram sangat masa tu dan terus jalan pegang
dinding ke bilik air. Dia dgn nada ego dia lagi cakap awak takyah gi
klinik. Rehat je kat rumah. Wkt lunch nanti sy balik kejap bawa awak ke
klinik. Jangan degil. Tp sy tak hirau. Sbb dia masih dalam gaya yg kasar
tanpa belas kasihan. Dia pun terus keluar rumah gi kerja. Sy memang tak
boleh terima apa yg dia buat.
Lepas bersihkan semuanya, sy mandi makan roti, makan penadol. Rehat jap.
Rasa macam ok sikit, sy rasa nak ke hospital terus. Risau kena tahan
wad, sy pun standby lah keperluan yg patut. Dan sy pun drive ke hospital
private yg jadi pilihan utk bersalin anak first tahun lepas (tapi takda
rezeki jantung anak tak berdegup masa 5bulan lebih) Nak dijadikan
cerita memang kena warded. Sy disahkan mengandung Alhamdulillah. Kena
masuk air dan masuk darah. Sy memang kurang darah sebelum kawin lagi,
keturunan. Staff situ tengok sy berseorangan, dia tanya la husband mana
sy cakap out station. Memang jadi gila juga la turun naik dr tempat
parking ke bangunan hospital. Sedih memang sedih, penat memang penat tp
sy redha jelah dan sy bersyukur Allah bagi kekuatan pada sy.
Alhamdulillah Allah lindung sy dr perkara buruk yg berlaku. Dalam masa
yg sama sy baru buka henset, dia wasap kul11.30 suruh sy bersiap. Masa
tu dah kul 12. Lepas tu dia wasap lg haii baca jeke. Sy off data dan
call kawan rapat sy bagitau pasal ni. Adik beradik sy, mak ayah mertua
serta adik beradik ipar pun sy tak inform. Lepas tu suami call 3kali sy
tak angkat. Dia pun sms kata degil betul la. Agaknya dia tgk sy takda
kat rumah kot. Sy off henset lepas inform segala maklumat dekat kawan
sy. Ptg tu kawan sampai. Dia tanya husband mana sy ubah topik. Tp yelah
dah rapat ni dia dapat baca lah keadaan sy. Sy tak cerita masalah sy tp
sy kata sy nak bersendiri tanpa suami.
Ahad ptg sy boleh discharge. Sy on henset. Banyak la sms sms yg miscall
semua tu. Buka internet. Ada 163 msg dari suami kat wasap. Tp first chat
sy buka dr mak mertua dulu. Antara perkara yg disebut ialah mak tak
tahu masalah rumahtangga kami tp mak minta sy balik. Kalau taknak balik
rumah kami balik lah rumah mak. Sy dgn mak memang rapat dr sebelum kawin
lg. Wpun jauh tp selalu wasap sejak mak kandung sy meninggal, sy
dikenalkan kepada mak, mak memang ambil berat pasal sy wpun belum lagi
jadi menantu masa tu. Tp dalam hal ni sy tak fikir nak balik rumah mak.
Sy taknak menyusahkan mak. Mak tak berapa sihat. Mak kena jaga Abah yg
sakit tua. Dalam masa sama, mak jaga kakak ipar baru seminggu bersalin.
Selain tu ada cucu2 yg tinggal dgn mak, mak perlu jaga. Sy memang dah
fikir sebelum ke hospital lagi hal ni. Taknak susahkan mak bukan nak
sisihkan mak. Sy ambil keputusan duduk rumah kawan tadi tu dia pun ok
utk tumpangkan sy sementara. Dia dtg naik teksi kemudian dia drive
kereta sy bawa ke rumahnya. Sy dapat mc seminggu.
Bila dah sampai rumah kawan, sy call mak dan bagitau hal sebenar. Lama
juga call duration and dalam masa tu sy call mak tu banyak kali suami
call sy juga. Habis cakap dgn mak, sy rehat dan off henset. Adik beradik
di kl pun tak tahu pasal ni. Hari
isnin baru sy buka dan baca wasap wasap dia. Dia minta maaf dan
menyesal sangat sangat. Dia kata dia nak buat seperais utk sy
memandangkan hari jumaat tu hari special. Tu yg dia saja2 buat kasar2
dgn sy, nak bagi sy sedih dan sedih tu bertukar happy bila dia buat
seperais hari jumaat lepas dia balik kerja. Hmm seperais ke apa
macam tu? Kenapa dia lebih pentingkan seperais tu lebih daripada
keadaan sy yg lemah masa tu? Sanggup dia buat sy macam ni. Sampai hati
awak bang..
Sy cuma balas, sy perlukan masa utk bersendiri. Bila dah sedia, sy akan
balik. Sy masih trauma lagi diperlakukan macam tu.. Kat mana mana hatta
dalam doa sy pun, sy masih ternampak nampak yg dia marahkan sy, hina
pelajaran sy. Terbayang bayang apa yg dia buat.. Setiap kali teringat
memang sy sedih.. Susah sy nak terima alasan dia yg nak buat seperais
tu.. Hmmm
Hari rabu sy dtg kl, sampai skrg ni ada kat kl rumah arwah mak kandung
sy. Sy takut nak balik rumah sy. Hmmm sy buntu sangat. Apa perlu sy
buat.. KREDIT IIUM.
SUKAKAN ARTIKEL INI? ~*~SHARE~*~
LAYARI

LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
LAYARI

LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :