Apa cara hilangkan sakit pinggang, leher dan otot yang selalu anda amalkan? Anda sering mengalami sakit pinggang, leher dan otot? Sakit pinggang dan leher yang selalu tegang kerja? Atau kesukaran berdiri selepas lama duduk seharian di office? Apa kata kalau anda gunakan tips dan cara menghilangkan sakit pinggang, leher dan otot seperti di bawah ini.
3 cara berikut ini jika dilatih secara teratur dapat menyingkirkan sakit penyakit yang tidak perlu. Cara ini dapat juga melatih otot tubuh bahagian atasmu hingga tidak mudah sakit lagi.
1. Regangan otot dada
Cari
sudut dinding di berdekatan anda seperti yang kelihatan di gambar,
tekan tapak tangan anda di dinding dan tolak tubuh anda ke depan.
Campurkan dengan gerakan putaran pinggang. Di luar itu tambahkan juga
dengan pernafasan yang dalam dan lambat hingga otot dada dirangsang
untuk bergerak. Latihan ini dapat dilakukan selama 30 saat diakhiri
dengan rehat sebentar, dan lakukan latihan ini berulang sebanyak 3 kali.
2. Teknik rengangan dengan bola tenis
Teknik
rengangan ini memerlukan 1 benda tambahan iaitu sebuah bola tenis.
Latihan ini dapat membantu otot dada yang mungkin kaku kerana duduk
terlalu lama memperoleh sifat elastiknya kembali. Latihan ini dimulkan
dengan memegang bola tenis dengan kedua tangan dan gerakkan di bahagian
dada secara perlahan-lahan. Setelah melakukan gerakan ini selama 1
minit, berehatlah selama 5-10 saat dan lakukan latihan ini berulang
sepanjang 3 kali.
3. Rengangan dengan belon untuk punggung bahagian atas
Belon
seperti yang pada gambar dapat membantu kita melakukan rengangan di
bahagian punggung. Posisikan belon di punggung bahagian atas, letakkan
kedua tangan di bahagian kepala dan jangan biarkan tangan sampai ke
lantai, pertahankan posisi itu dan gerakkan badan ke atas dan ke bawah.
Bila di bahagian tertentu ada rasa sakit yang dirasakan, berhentilah
sebentar di bahagian itu. Setelah bergerak selama 10-15 saat, rehat
sebentar dan lakukan kembali berulang selama beberapa kali.
Dalam
beberapa latihan yang pertama, gerakan-gerakan ini mungkin dapat
menyebabkan sedikit rasa sakit pada sisi tertentu. Namun janganlah cemas
kerana seiring dengan latihan yang semakin kerap, rasa sakit itu bakal
beransur-ansur hilang dan anda akan merasa jauh lebih relaks.
Kalau anda selalu sakit sakit pinggang, leher dan otot, maka tidak salah kalau anda cuba tips hilangkan sakit pinggang, leher dan otot ini.
SUKAKAN ARTIKEL INI? ~*~SHARE~*~
LAYARI

LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
LAYARI

LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :