Sensasi

Jadilah 'Gengster' bermaruah, bukannya sibuk nak jadi patung duduk depan kelab malam



KONGSI GELAP MELAYU
(Bukan nak mengajar, cuma nak bagi nampak jalan perjuangan yang lagi best)

Hari ni kau pergi lah mana pun, melepak lah mana pun. Semua tempat kau pergi konfem ada orang yang join pertubuhan gangster. Belum cerita kau melepak dekat memana kedai makan, kira setakat nak duduk dengan ayahanda gangster tu kadang kau tak payah adjust. Tau-tau je kawan kau yang umur 22tahun dah di angkut jadi Ayahanda. Gangster kan? Mana pergi pun konfem kau jumpa ayahanda gangster.

Aku bukan nak fokus pada ayahanda tu pun sebenarnya, aku cuma nak pertubuhan yang bersumpah membela agama, bangsa dan tanah air ini ubah dulu fokus untuk tak sibuk pau cina. Kau belagak Tuan Tanah patutnya kau tak jadi macai yang di bayar kemudian buat kerja haram. Fokus pada sumpah dahulu. Kalau rasa berat, fokus sahaja pada membela bangsa dan agama. Bukan membela diri kau sahaja kononnya bapakanda. Kau pulak gunakan bangsa kau untuk kayakan kau lepas tu yang bawahan semua miskin jadi macai sampai mampos.

What the prawn?!

Kau kena tahu, nak buat amal akhirat tak bermakna kau kena gangster nak mampus lepas tu cara nak cucikan dosa lampau kau, kau buat sekolah pondok atas niat atleast nanti ada juga amal kau yang dibawa ke kubur. Tak payah susah-susah lah. Kau dah rekrut beribu orang untuk jadi gangster, kau gunakan lah gangster ni buat gangster yang masyarakat tengok pun masyarakat respek. Bab naikkan sekolah pondok guna alasan nak cuci dosa tu tak relevan lah. Sia-sia je kau rekrut reramai. Bab sekolah pondok, kau serah lah dekat orang lain.

Apa kau ingat naikkan sekolah pondok je ke yang paling mulia dalam agama? Tak payah! So bawah ini aku bagi cadangan yang sepatutnya gangster melayu atau kongsi gelap melayu fokus dahulu sebelum sibuk nak fokus benda lain. Perjuangan baik tapi gunapakai jalan gangster. Pun benda mulia dan kesan dia sangat besar buat bangsa dan agama. Kau baca bawah ni aku listkan.

1. BANTERAS USTAZ² YAHUDI GUNA BUDAK² MINTA SEDEKAH

Gunakan geng gangster kau pi banteras habis-habisan ustaz yahudi yang hantar bebudak pi kutip sedekah konon untuk derma sekolah pondok. Ini penting bro. Berapa ramai budak-budak kecik jadi baruah ustaz yahudi ni untuk kepentingan peribadi. Ini pun dah dikira sindiket yang mana ini semua,anak bangsa kau jadi mangsa bapak setan berkopiah. Kau tak sedih tengok anak bangsa kau diperlakukan macam gampang oleh bangsa kau sendiri? Mengaku ustaz pulak tu. Kau tak rasa ini jelas mencalarkan imej agama islam dekat Malaysia? Pi perembat lah, apa lagi.. Cakap je gangster.

2. LANGGAR SEMUA RUMAH ANAK YATIM YANG BUAT DUIT

Kau bawak semua yang bersumpah membela agama,bangsa dan tanah air dalam pertubuhan gangster kau tu untuk pi langgar semua rumah anak yatim yang buat duit. Yang gunakan anak yatim sebagai modal untuk dia collect sumbangan ratusan ribu. Bro, ini jenayah paling sial yang patut kau ambil tahu. Tangkap dalang dan kau perembat lah style gangster kau. Kau samuraikan lah macam mana kau samurai orang yang tunjuk jari hantu dekat kau. Baru orang agama dekat Malaysia ni cakap dan bertindak lebih pakai otak. Tak jadikan agama tu sebagai topeng untuk collect duit haram. Susah ke? Kau tak kesian anak yatim yang kebanyakannya di kalangan bangsa kau tu di gunapakai oleh pihak tak bertanggungjawab utk collect sumbangan?

3. REMBAT & AJAR BUDAK² KECIK HISAP DADAH DI KAWASAN TERBUKA

Kes-kes budak kecik main ganja dekat kawasan terbuka, kau perembat kan je. Ajar sikit hormat orang. Kau tak ingat ke kau dulu masa budak, nak hisap rokok dekat kawasan terbuka pun kau segan. Punya lah kau hormat orang sekeliling dulu especially orang yang lebih tua. Kau bukan tak tau bebudak kecik yang eksyen main ganja dekat public ni selalunya budak kecik yang acah gangster? Yang bila-bila masa boleh timbulkan masalah. Bukan nak sangka buruk, kira-kira aku senang je. Kau yang perangai macam setan pun dulu tahu hormat orang. Inikan pulak dah lah perangai macam setan tapi haram nak hormat orang.


So 3 perkara ni kalau kau yang mengaku budak ramai, mengaku paling gangster, kau ubahlah tujuan kau tu. Ini perjuangan paling mulia sebenarnya. Tak payah sibuk nak cuci dosa acah bina sekolah pondok. Tu zaman bila punya marketing? Tak kena lah guna pakai marketing macam tu. Baik kau banteras dulu bangsa kau yang perangai macam sial aniaya bangsa kau sendiri. Yang jelas calarkan imej islam dekat Malaysia.

Kau sibuk fokus nak besar-besar, kau lupa kanser bermula dari kecik. Yang kecik ni dulu kau selesaikan. Tu baru gangster yang masyarakat sayang. Itu pun susah ke? Ini status untuk kau yang betul-betul gangster je lah. Kalau tak gangster, haa kau terus je lah fokus bantai bangsa kau yang kacau awek orang, pau kedai judi, bantai orang yang jeling kau, bantai orang yang terlanggar kereta kau.

Haa lupa, jangan lupa bina sekolah pondok. Atleast nampak kau ni tak lupa agama. Dalam masa yang sama, bangsa kau dekat bawah ni kena rogol cukup-cukup oleh "agamawan". Kena liwat sampai buasir oleh golongan penindas yang kaya dan berkuasa. Dan kau jangan lupa, laung sikit Takbir! konon sudah berjasa pada bangsa dan agama.
Gua yang menulis, 

(Aktivis Yang Cakap je Pandai)

P/s : Kau dah ada power, dah ada pengaruh, selamatkan dulu bangsa kau dari penindasan. Bukan kau sibuk nak jadi patung duduk depan kelab malam. Bukan sibuk nak main politik sampai bangsa kena rogol pun tak perasan. Tak kesian ke tengok penindasan demi penindasan oleh bangsa kau sendiri? Kau berulang kata kesal bila jadi semua ni, tapi tak pernah terjentik pun dekat hati tu untuk gunakan kekuatan yang ada bagi tujuan banteras semua jenayah ni. Apa? Negara kita ada undang-undang? Biar polis buat kerja? Jaga kedai judi tu undang-undang negara mana? Pau kedai cina tu undang-undang mana?

Jomlah bertindak. Gangster melayu biarlah kali ni kena tangkap sebab bela masyarakat. Itu baru gangster! Gangster bermaruah beb. Tak bahagia ke dapat bantu bangsa kau yang ditindas? Tak rasa itu satu perjuangan yang paling rare ke?


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.