Baru Beberapa Hari Kahwin, Mia Ahmad Beri Komen Yang Buat Ramai Tepuk Dahi
Pelakon Mia Ahmad baru berkahwin dengan pemain pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Izham Tarmizi Roslan pada 13 Januari lalu.
Kini Mia Ahmad mengikut suaminya untuk tinggal di Johor.
Pelakon Hati Perempuan ini akui sedang berusaha menyesuaikan diri sebagai isteri kepada Izham.
Yang kelakarnya, dia akui terlupa sudah berkahwin malah ada perasaan takut-takut untuk berpegangan tangan dengan suaminya.
Ramai yang tepuk dahi mendengar Mia boleh terlupa dan takut takut jadi isteri Izham haha.
Ini kenyataannya, jom baca:
LUPA DAH KAHWIN
“Sampai sekarang saya masih tidak percaya sudah berkahwin. Itu yang kadang-kadang saya tersilap membahasakan dia (Izham) adalah bakal suami dengan peminat di Instagram, sedangkan sudah menjadi suami.
“Paling lucu, bila keluar dengan dia di tempat umum saya masih takut-takut untuk pegang tangan dia, bahkan apabila masuk ke dalam rumah berdua juga perasaan takut itu tiba-tiba datang menerpa,” ujarnya sambil ketawa manja.
RINDU KELUARGA, KAWAN
“Sebelum ini bukan tidak biasa berjauhan dengan keluarga, cuma bila sudah menjadi isteri orang, perasaan rindu terhadap keluarga dan kawan-kawan itu tiba-tiba datang. Lagi-lagi kalau Izham sibuk berlatih sementara saya seorang diri di rumah.
“Ada juga berkawan dengan isteri kawan Izham di Johor, cuma saya tidak mahu sentiasa menganggunya. Jadi, saya cuba sibuk-sibukkan diri mengemas rumah sementara masih bercuti dalam bidang lakonan,”
MASAK KEPADA SUAMI
“Sebelum berkahwin, apabila lihat dia ambil lauk penuh satu pinggan di kedai makan, hati saya mula mendesis dia jenis suka makanan yang mewah dengan lauk. Sedangkan saya hanya boleh masak menu-menu mudah. Mujur dia okey dengan hidangan saya selepas berkahwin,”
Semoga Mia Ahmad dan Izham Tarmizi bahagia selalu.
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :