Gempar apabila seorang anak perempuan jadi batu akibat derhaka kepada ibu kandungnya,masyarakat di Dusun Jublek, Desa Napis, Kecamatan Tambakrejo, Kabupaten Bojonegoro, terkejut dengan penemuan mayat di dalam peti. Yang lebih menghairankan l lagi, mayat tersebut telah mengeras seolah-olah diawetkan bertahun-tahun lamanya.
Sebenarnya mayat seorang wanita ini telah disumpah oleh ibunya kerana telah menderhaka terhadap ibu sendiri.
Maklumat ini yang diperolehi melalui Berita Jatim di lapangan, Kamis (20/8/2009) menyebutkan, mayat tersebut ditemukan warga di salah satu rumah kosong di tengah hutan jati sekitar desa setempat.
Tuntutan
berbuat baik kepada ibu bapa bukanlah berdasarkan adat atau kebiasaan
yang diwarisi turun-temurun, akan tetapi ianya merupakan tuntutan
syara‘. Islam menuntut supaya setiap orang berbuat baik kepada ibu bapa,
dan hukumnya adalah fardhu ‘ain. Maknanya, apabila dihukumkan fardhu
‘ain maka setiap orang wajib berbuat baik kepada ibu bapanya sendiri,
dan perkara berbuat baik kepada keduanya itu bukanlah suatu yang boleh
diwakil-wakilkan kepada orang lain untuk melakukannya. Tuntutan ini
banyak dijelaskan melalui dalil-dalil syara‘, di antaranya sebagaimana
terkandung di dalam firman Allah Ta‘ala yang tafsirnya :
“Dan
Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan
kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu
bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali,
sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah
engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun
perkataan ‘ah!’, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka,
tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan
santun). Dan hendaklah engkau merendah menghinakan diri kepada keduanya
kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka,
dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurkanlah rahmat kepada mereka berdua
sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan
mendidikku semasa kecil.”
(Surah Al-Israa’, ayat 23-24)
Di dalam ayat yang lain Allah Subhanahu wa ta’ala berfirman yang tafsirnya :
“Dan
Kami wajibkan manusia berbuat kebaikan kepada kedua ibu bapanya; ibunya
telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah
melahirkannya dengan menanggung susah payah.”
(Surah Al-Ahqaf, ayat 15)
Sementara
dalil-dalil yang terdiri daripada hadits Nabi Shallallahu ‘alaihi
wasallam yang menegaskan tentang perkara ini, di antaranya hadits yang
diriwayatkan oleh Abdullah bin ‘Amr bin ‘Al-‘Ash, beliau berkata yang
maksudnya :
“Seorang
lelaki datang berjumpa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, beliau
meminta izin untuk berjihad, lalu Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam
bertanya: “Adakah kedua ibu bapamu masih hidup?” Beliau menjawab: “Ya”,
Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Maka kepada keduanyalah
engkau berjihad (berbuat baik kepada keduanya dengan jiwa dan harta).”
(Hadits riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Hadits
di atas memberi petunjuk hukum bahawa berbuat baik kepada kedua ibu
bapa itu adalah lebih diutamakan berbanding tuntutan berjihad pada jalan
Allah, kerana berjihad pada jalan Allah itu merupakan tuntutan fardhu
kifayah (apabila sebahagian orang melakukannya maka gugurlah tuntutan
kepada sebahagian yang lain), sedangkan berbuat baik dengan kedua ibu
bapa itu merupakan tuntutan fardhu ‘ain, di mana setiap orang mesti
melakukannya. Fardhu ‘ain lebih kuat atau lebih tegas tuntutannya
berbanding fardhu kifayah. Oleh itu wajib bagi setiap orang berbuat
ihsan kepada kedua ibu bapanya.
Kredit EBerita
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :