Bermain juga satu pelajaran buat si kecil. Biasanya bayi menghabiskan banyak masa dengan mama. Apa kata kali ini papa pula yang ambil alih melayani kehendaknya bermain. Bayi pada usia 0-2 tahun memerlukan sokongan dan dorongan daripada papa dan mama untuk belajar banyak perkara. Selain itu waktu bermain juga menggambarkan kasih sayang yang tidak terhingga buat si kecil.
Berikut antara panduan bermain yang boleh dilakukan bersama si kecil.
1. Meniarap
Ketika
bayi baru belajar meniarap, tentu dia akan terasa kesukarannya. Papa
jadikan aktiviti ini sebagai satu permainan yang menarik. Penglibatan
papa dapat memberi peluang bayi mengetahui fungsi kaki, tangan dan
badannya.
2. Merangkak
Ketika
merangkak, bayi akan menggunakan keempat-empat anggota tangan dan
kakinya. Oleh itu, papa perlu luang masa untuk merangkak bersama-samanya
kerana proses pembelajarannya akan menjadi lebih seronok.
3. Belajar duduk
Bayi
yang sedang belajar duduk akan memulakan kemahirannya itu dengan
menghalakan kakinya luas-luas ke hadapan. Tangannya juga bebas meneroka
apa sahaja yang menarik minatnya. Papa boleh gunakan masa ini untuk
duduk bersama-samanya dan membelek helaian buku berwarna-warni.
4. Belajar berdiri & memanjat tangga
Papa
perlu peka dengan perubahan pada bayi, sekiranya bayi sudah mampu
mengkoordinasi kaki dan tangannya dengan sempurna, anda boleh lakukan
aktiviti belajar berdiri dan memanjat agar kemahiran tersebut dapat
dimantapkan. Sentiasa mengawasi pergerakan bayi agar dia tidak terjatuh
dan tercedera.
5. Kenal objek & cari bunyi
Papa
boleh bermain dengan si kecil menggunakan objek berbunyi. Aktiviti
seperti ini boleh membantu bayi memantapkan kemahiran, menghalusi
koordinasi dan menguji kecekapannya.
6. Bermain bola
Pada
usia tujuh bulan dan ke atas, bayi anda mudah tertarik melihat bola
berwarna-warni bergolek. Ketika usia ini, papa harus melakukan aktiviti
menunjuk, memegang dan memberikan semula bola kepada anda.
7. Dukung terbalik
Dukung
secara terbalik dengan selamat adalah salah satu aktiviti yang gemar
dilakukkan oleh papa kepada bayinya. Percayalah si kecil suka jika
dilakukan sedemikian oleh papa bahkan jika terlihat wajah papa, dia akan
mengagah minta didukung.
Namun
pastikan keselamatan anak diutamakan. Aktiviti ini jika sudah biasa
dipraktiskan sejak kecil, mampu merangsang koordinasi kaki dan tangan
bayi serta membuatkan mereka berkeyakinan.
Sumber: Majalahpama
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :