AMALAN memakai susuk agar nampak jelita, mempersona dan hebat di mata manusia bukan sesuatu yang asing lagi.
Bagaimanapun amalan ini sebenarnya bercanggah dengan agama Islam malah
terdapat kepercayaan mayat seseorang yang memakai susuk sehingga
nafasnya ditarik oleh malaikat maut akan menghadapi masalah apabila
dikuburkan.
Sejauh mana kebenaran dakwaan ini tak dapat dijelaskan tetapi memakai
susuk atau meminta bantuan selain daripadaNya pasti mendapat kemurkaan
Allah.
Menerusi satu video yang tersebar di media sosial, seorang warga emas
dilihat menjalani upacara membuang susuk yang dipakai di wajahnya.
Memang seksa melihat cara susuk dikeluarkan namun warga emas terbabit
dan keluarganya pasti bersyukur kerana ia sempat dibuang sebelum
meninggal dunia..
Selepas melihat video di atas diharapkan mereka yang mempercayai amalan
khurafat segera kembali ke pangkal jalan terutama mereka yang sudah
terlanjur memakai susuk di wajah atau anggota badan lain.
Seseksa-seksa proses keluarkan susuk, seksa lagi balasan yang menanti jika mati tak sempat bertaubat…
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :