Kerjaya sebagai tentera membuatkan
salim sering meninggalkan rumah demi menjalankan tugas. Salim tidak
pernah merungut kerana itulah pilihan hidupnya sejak dirinya kecil lagi.
Walau dirinya di hantar ke ceruk hutan mahupun lautan pun dia sanggup.
Demi negara tercinta, berkorban nyawa pun dia sanggup.
Namun dalam diam-diam, Salim tidak menyangka kepatuhannya kepada tugas
membuatkan isterinya Zalina mula berlaku curang terhadap rumah tangga
yang telah 5 tahun dibina. Bagaimana Salim mengetahui akan kecurangan
isterinya itu?
Semuanya gara-gara SMS yang tersimpan di dalam telefon isterinya.
Sebenarnya Salim tidak pernah mahu membaca SMS dalam telefon bimbit
isterinya itu. Tetapi entah macam mana, pada suatu hari di kala Salim
sedang berehat di rumah sebaik sahaja selesai balik dari tugasan di luar
daerah, telefon isterinya berbunyi.
Pada mulanya Salim tidak mahu mengangkat telefon tersebut. Tetapi sebaik
sahaja terpandang perkataan ‘ayang’ tertera di skrin telefon membuatkan
hatinya keliru. Siapa pula ‘ayang’ ni. Sepanjang dia berkahwin dengan
Zalina, isterinya itu tidak pernah memanggilnya ayang. Lagi hairan Salim
memikirkannya.
Disebabkan rasa ingin tahu yang memuncak telah membuatkan Salim tekad
untuk mengangkat telefon. Sebaik sahaja Salim mengangkat telefon dan
mengucapkan hello, tiba-tiba penggilan terputus.
Hairan juga Salim dengan perbuatan si pemanggil itu. Tanpa berlengah
masa, Salim pun mula mendail semula nombor telefon pemanggil misteri
yang bernama ayang itu. Lama juga Salim menunggu, tetapi telefon
tersebut tidak juga diangkat. Bosan menunggu membuatkan Salim meletakkan
telefon.
SMS romantik dan berbaur Luc@h
Kecewa tidak dapat menelefon membuatkan Salim mengambil keputusan untuk
membuka peti simpanan SMS telefon isterinya. Alangkah terkejutnya Salim
apabila mendapati terdapat beberapa SMS dengan nama ayang di simpan di
dalam peti simpanan SMS isterinya.
Tanpa berlengah, Salim terus membuka SMS yang paling atas sekali. Sebaik
di buka dan Salim membaca apa yang ditulis, betapa marahnya Salim
dengan ayat-ayat yang ditulis dalam SMS itu. Kemudian Salim terus
membuka SMS-SMS yang lain. Lagi bertambah panas hatinya apabila membaca
SMS itu. Bukan setakat ayat-ayat manis dan romantik malah kadangkala
terdapat juga SMS berbaur luc@h didalam simpanan isterinya sanggup
bermain kayu tiga dengan orang lain sepanjang perkahwinan meraka.
Rasa tidak puas hati telah membuatkan Salim pun mencari isterinya.
Zalina yang pada ketika itu berada didapur memasak tiba-tiba terkejut
dengan kelakuan suaminya yang tiba-tiba terkejut dengan kelakuan
suaminya yang tiba-tiba marah tidak tentu pasal. Namun sebaik sahaja
Zalina memandang telefonnya di tangan Salim, tiba-tiba mukanya berubah.
Salim perasan perubahan wajah isterinya itu. Situasi tersebut menguatkan
lagi rasa perasaan syaknya terhadap isterinya. Tanpa membuang masa,
segera Salim terus bertanyakan persoalan yang berlegar di fikirannya.
Pada mulanya Zalina tidak menjawab tetapi disebabkan desakan
bertalu-talu terpaksa berterus-terang.
Daripada cerita yang terkeluar dari mulut Zalina barulah Salim tahu
bahawa isterinya telah lama mempunyai teman lelaki. Bertambah marah hati
Salim mengetahuinya. Walaupun marah, dia cuba bertenang. Demi
mendapatkan penjelasan mengapa isterinya sanggup melakukan perbuatan
terkutuk itu, Salim pendamkan perasaan marahnya seketika.
Wajah Tampan Memikat
Menurut Zalina, akibat rasa sunyi ketika ketiadaan Salim membuatkan dia
berkenalan dengan lelaki lain. Pada mulanya Zalina tidak pernah berniat
untuk melakukan perbuatan tersebut tetapi wajah tampan lelakinya yang
dipanggil Ayang itu membuatkan Zalina terpikat.
Sakit hati Salim mendengarmya. Kemudian Salim terfikir, setakat manakah
kemesraan isterinya dengan teman lelakinya. Pada mulanya Zalina tidak
tidak mahu menjawab. Tetapi setelah Salim mengugut akan memberitahu
kepada ibu bapa Zalina membuatkan isterinya mengakui hubungan mereka
sekadar teman biasa tetapi kadangkala disebabkan nafsu dan kesepian,
mereka sering juga terlanjur.
Mendengarkan pengakuan Zalina itu hati Salim sudah tidak tertahan lagi.
Pada mulanya dia mahu memaafkan isterinya kerana mungkin disebabkan
kesepian dia mencari lelaki lain. Jika Salim berubah mungkin isterninya
kembali kepadanya. Tetapi setelah mengetahui bahawa isterinya meakukan
perbuatan terkutuk dengan teman lelakinya membuatkan Salim tanpa
berfikir panjang terus mengambil keputusan meninggalkan isterinya pada
ketika itu. Salim menceraikan isterinya dengan talak satu.
Terkedu Zalina dengan apa yang didengarnya keluar dari mulut Salim.
Namun begitu nasi sudah menjadi bubur dan tidak ada apa yang boleh di
lakukannya lagi bagi memohon kemaafan suaminya itu. sekian..
Kredit:-Virtualfriend
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :