PADA
tarikh ini, 26 Disember tahun 2004, Aceh dilanda gempa bumi besar, di
susuli dengan bencana tsunami yang telah menyebabkan ratusan ribu
terkorban dan akibat daripada bencana itu. Sejak itu, Aceh telah menjadi
sebuah tempat yang diibaratkan ‘seperti padang jarak padang tekukur’.
Ya
kini, 12 tahun peristiwa itu berlalu, namun kisahnya masih meniti di
bibir kita sehingga ke hari ini, ianya telah memotret pelbagai kisah
suka dan duka, tidak juga ketinggalan kisah-kisah aneh dan ajaib
antaranya lima kisah menakjubkan daripada sejumlah mereka yang
terselamat antaranya, kisah seorang nenek tua yang diselamatkan oleh
seekor ular.
Memetik
laporan Liputan6.com, melaporkan pada pagi 26 Disember 2004 lalu, Umi
Kalsum, 58, sedang leka dengan aktivitinya iaitu menanam bunga di
pekarangan rumahnya di Kampung Alu Naga, Kabupaten Aceh Besar. “Namun
tiba-tiba bumi bergoyang, beberapa lama selepas gempa orang
berlari-larian, sambil berteriak mengatakan air laut naik.
“Umi
juga turut berlari, namun tiba-tiba Umi merasakan ada air menghempas
badan, lantas Umi terus tidak sedarkan diri kerana dibawa arus kuat
tsunami,” tuturnya dalam bahasa Aceh. Ujarnya lagi, dia sedarkan diri
apabila ia tersekat di sebuah jambatan iaitu di jambatan Kajhu, dan di
situlah katanya ada keajaiban berlaku, iaitu ada bersamanya adalah
seekor ular.
“Subhanallah
mulut ular itu di hadapan saya, tubuh saya dililitnya,” katanya lagi.
Katanya, perkiraan awal dia merasakan ular itu hanyalah sebatang pohon
pisang. “Warnanya berceloreng, sampai di jambatan itu saya sudah sedar,
dan apabila melihat kepala ular itu, saya cuma katakan selamatkan saya
ke darat,” kenangnya lagi.
Katanya
lagi, ular itu sebesar tiang elektrik, dan ‘membebaskannya’ selepas dia
menghampiri kawasan tanah. “Ditarik badan saya daripada lilitannya,
tiba-tiba ular itu melepaskan saya dengan meluruskan tubuhnya, dan pergi
entah ke mana,” ujar Umi.
Kisah kedua pula memaparkan kisah, si Martunis yang dikenali sebagai kanak-kanak ajaib.
Pagi
itu, Martunis sedang bermain bola sepak di belakang rumahnya, sedang
asyik bermain tiba-tiba gempa kuat berukuran 9.1 skala Richter telah
menghentikan dia daripada keseronokan bermain bola sepak.
“Selepas
itu saya dibawa arus hingga saya pengsan, saya tersedar kembali selepas
tersangkut di pohon bakau di kawasan Deah Raya, Kecamatan Syiah Kuala.
“Semuanya
rata, saya tak tahu di mana letaknya kampung saya, yang nampak
hanyalah bergelimpangan mayat-mayat,” kenang Martunis. Martunis yang
telah bertahan selama 21 hari di atas pohon itu dengan ‘ditemani’
gelimpang mayat di sana-sini.
“Untuk
bertahan hidup saya memungut makanan dan air mineral yang terseret oleh
gelombang tsunami,” katanya lagi. Pada hari ke-21, dua lelaki yang
sedang mencari keluarganya di kawasan tersebut menemui Martunis. Lantas,
Martunis diserahkan kepada wartawan Sky News yang ketika itu sedang
membuat liputan bencana tsunami di kawasan Deah Raya.
Manakala
kisah ketiga pula mengisahkan bagaimana adik beradik Noni Delfina
(kakak) dan Nina Delfina yang terselamat selepas meninggalkan rumah
mereka tatkala tsunami masih belum menghampiri kawasan rumah mereka.
“Kami
keluar dari rumah bersama, tapi kami terpisah apabila aku (Nina)
menumpang motosikal untuk turun ke jalan , manakala Noni memilih pergi
dengan basikalnya,” kata Nina. Namun tak semena-mena gelombang tsunami
datang menghempas kami jua, saya (Nina) diseret ke sebuah bangunan.
“Saya
berdoa dan terus berenang ke kawasan berbukit, alhamdulillah saya
akhirnya terselamat,” kata Nina yang bagaimanapun tidak menuturkan kisah
bagaimana adiknya Noni terselamat.
Dalam pada itu, kisah keempat pula mengisahkan bagaimana selepas 10 tahun menghilang akhirnya ditemui.
Fanisa
Rizkiam, merupakan salah seorang yang terselamat daripada tsunami,
ketika kejadian Fanisa masih berumur lima tahun, namun dek kerana
bencana itu dia telah terpisah daripada orang tua dan keluarganya.
Tanpa
dapat mengingati kejadiannya, Fanisa kemudian tinggal dan menjadi
pekerja di Malaysia. Keberadaan Fanisa diketahui setelah Pemerintah Aceh
mendapat maklumat daripada Jabatan Pekerja Indonesia di Malaysia,
bahawa ada anak di bawah umur yang berasal dari Aceh yang bekerja di
Malaysia.
“Setelah
di selusuri ternyata Fanisa merupakan anak mangsa tsunami,” ujar Ketua
Dinas Sosial Aceh Bukhari, ketika tiba di Lapangan Terbang, Sultan
Iskandar Muda, Blang Bintang, Aceh Besar, Jumaat lalu tatkala menunggu
Fanisa bersama keluarganya.
Manakala
kisah terakhir pula adalah bagaimana sebuah kubah masjid yang hanyut
dek kerana tsunami berjaya menjadi kapal penyelamat. Kubah yang kini
dikenali sebagai nama Masjid al-Tsunami ini dulu merupakan kubah masjid
Jamik di Desa Lamteungoh, Peukan Bada, Aceh Besar.
Ketika
gelombang tsunami ‘menerjah’ Aceh 2004 lalu, seluruh bangunan masjid
rosak dan hanya menyisakan kubah masjid berdiameter 4×4 meter. Kubah itu
dibawa arus gelombang sejauh lima kilometer dan terdampar di Desa
Gurah.
Sepanjang
perjalanannya kubah itu telah menjadi tempat berpaut bagi mangsa
tsunami, dilaporkan banyak yang terselamat selepas mereka berjaya
berpaut pada kubah itu.
Ketika
kubah itu ditemui selepas tsunami, penduduk berjaya menemui beberapa
kitab suci al-Quran yang melekat di kubah berkenaan. Kitab suci yang
terendam air itu kini telah dihancurkan dan disimpan dalam sebuah botol
kaca khas.
LAYARI

LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :