Assalamualaikum
dan hai semua. Ni aku nak share sikit cerita dengan pembaca setia
Fiksyen Shasha. Nama aku Hani, student UITM Puncak Alam. Dah masuk sem 3
aku kat sini. Blok-blok kolej kat sini memang banyak. So aku memang
tinggal kat kolej dia la. Kolej dia ni nak kata dikelilingi hutan pun
tak jugak tapi sunyi la time malam.
Cerita
dia start bila aku mula-mula daftar kolej nak masuk sem 3. Actually aku
sampai awal untuk daftar tapi sebab tunggu kawan-kawan punya pasal
untuk serumah so dekat pukul 3 petang jugak la daftar. Masam jugaklah
muka pengurusan asrama tu sebab kami student yang last daftar nak masuk
kolej. Sebab daftar last sekali kami dapat rumah kat tingkat atas
sekali, tingkat 9. Tingkat 9 hanya ada 5 rumah and rumah yang diduduki
hanya rumah kami. Scary.
Satu
hari tu aku balik kolej lewat malam dah sebab keluar beli barang. Tu
hari ketiga selepas daftar. Pukul 1 pagi lebih kurang. Memang sunyi sepi
kawasan kolej. Hanya ada beberapa lampu bilik je yang terbukak sebab
awal sem kan, siapa je rajin nak stay up. Lepas je kereta kawan aku
pergi, aku pun tengok sekeliling kot-kot ada teman nak naik lif sekali.
Aku ni cuak sikit dengan tempat sempit sensorang. Tapi memang tak adalah
time macam tu. Waktu kaki nak masuk lif tu aku macam teragak-agak. Aku
fikir waktu tu nak naik tangga je tapi tingkat 9, tinggi sangat.
Tingkat
satu, dua pastu tingkat tiga. Lif berhenti kat tingkat tiga. Aku dah
lega dah sebab ada yang naik maybe tapi kau tahu siapa tunggu nak naik?
Perempuan pegang buku lusuh berdebu kat tangan dia. Dengan pucat muka
dia tu. Actually aku memang boleh nampak makhluk halus ni. Cuma setelah
sekian lama tak pernah nampak sejak nenek aku tutup hijab aku yang
terbuka, ni lah first time aku nampak balik. Aku dapat rasa badan aku
sejuk gila.
Menggeletar
seluruh badan tapi benda ni kalau kita tak kacau dia, dia takkan kacau
kita. So aku berdiri kat penjuru lif tu. Benda tu pulak kat depan. Aku
memang nak nangis waktu tu sebab dia tak tekan lif. Aku fikir time tu,
camne aku nak turun tingkat 9 nanti sebab dia halang aku. Sampai je
tingkat 9, dia keluar heret kaki dia. Aku dah siap nak pecut masuk rumah
dah lepas je keluar lif tapi guess what, dia berdiri depan rumah aku
before lesap. Aku punyalah tak tau nak buat apa terus call housemate aku
suruh bukak pintu.Takut macam mana sekalipun aku tutup je mulut
walaupun diorang tanya kenapa muka aku pucat semacam.
Sebenarnya
aku dah boleh agak. Rumah aku tu ada empat bilik. satu blik dua orang.
Bilik A, B, C penuh tapi bilik D kosong. Aku dapat rasa bilik tu
berpenghuni jugak. Cuma malas nak kecoh. Satu malam tu, beberapa hari
lepas kejadian aku bangun nak ke toilet dalam pukul 2 pagi tak salah.
Housemates aku semua dah tidur time tu.
Toilet
kat sini ada tiga bilik kecik; shower, jamban duduk dengan jamban
cangkung. Aku masuklah jamban cangkung tu. Waktu kat dalam tu aku dengar
bunyi orang heret kaki. Dup dap dup dap dah jantung aku. Aku jenguklah
kat bahagian pintu bawah tu sebab ada space kan, kotlah kawan-kawan aku,
tapi ada kaki pucat gila macam mayat tu. Sebelah je okey. Bukan dua
belah. Senyap je. Aku pun senyap. Tak berani nak keluar. Nak baca doa
perlindungan pun tak boleh kat tempat syaitan tu. Beberapa minit lepas
tu baru kaki tu hilang. Bukan nak kata aku ni berani, tapi kita tak
boleh takut sangat dengan benda ni. Kita kena takut dengan Allah je.
Tapi kena jugak hormat mereka ni sebab mereka pun makhluk Allah.
Ingat
tak yang kecoh pasal geng jubah hitam masuk kolej di beberapa uni dulu
tu? waktu tu tempat aku pun heboh gila. Sampai ada satu malam tu,
diorang kecoh nampak jubah hitam tu dalam lif. Disebabkan takut, semua
housemates aku tidur bilik aku. Bilik aku bilik C, sebelah bilik kosong
tu. berhimpit-himpit enam orang tidur sekali. Bila dah tutup lampu,
kawan aku sorang ni bukak sikit pintu sebab nak cari barang apa ntah kat
pintu tu. so hanya ada sinaran lampu luar bilik je sikit. Time tu, aku
ternampak dia berdiri tepi pintu bilik aku.
Aku
nampak setengah je badan dia. Mata dia renung kawan aku yang cari
barang tu. Mungkin sebab kitorang bising kot time tu. Then, aku mintak
semua diam sebab dah malam baru benda tu mengundur.
Pernah
satu malam tu, esok tu aku ada test. So aku stay up la. Memandangkan
subjek tu kena hafal, aku pun masuk la bilik D tu nak hafal, tak nak
kacau roommate aku. Penat menghafal, aku terlelap atas katil. Lepas tu
aku terjaga sebab aku dengar bunyi orang tengah menulis. Pastu bunyi
letak pen. Then sambung menulis balik. Aku bangun gosok-gosok mata la,
sebab gelap. Siapa yang menulis dalam gelapkan.
Aku
pun pandang ke arah meja study. Gulp. Ada sosok perempuan tengah tunduk
dengan kepala dia sampai ke meja study. Time tu baru aku ingat yang aku
duduk dalam bilik D ! cepat-cepat aku bangun tak berpaling dah ke arah
tu dan terus keluar. Masuk je bilik aku, aku tengok kawan aku tengah
study. Geram jugak la time tu.
Aku
tanya dia siapa yang padamkan lampu bilik D tu, dia cakap dia yang
padamkan sebab aku dah terlelap sebab kesian kat aku cerah nak tidur.
Adoi! Kang aku cerita pasal bilik tu terkejut semua orang. So aku telan
je lah kepahitan apa yang aku lalui seorang diri.
Bilik
D tu pun kitorang tak biarkan kosong actually. Ada la jugak time masuk
mengaji Quran dalam tu, tapi bukan setiap hari la. Aku tak rasa
housemates aku boleh nampak dia. Dan aku pun taknak menakutkan diorang.
Cuma, kita ni jangan la tinggal solat, mengaji jangan lupa. insyaAllah
benda tu tak kacau kita. Aku nampak pun sebab hijab aku pernah terbukak
dulu kot.
Hurm,
tu je nak share. Buat sesiapa yang stay kat Palam, jaga diri. Jangan
bising sangat. Tambah- tambah yang stay kat tingkat 9 tu yer. Kisah ni
tak lama sangat tau. Tak kisah korang blok Rafflesia, Angsana, Dahlia or
Casuarina. Please jaga hubungan dengan Allah.
SUKAKAN ARTIKEL INI? ~*~SHARE~*~
LAYARI

LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
LAYARI

LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :