Sensasi

KPDNKK Nafi Harga LPG Naik RM7 Setong 2017


PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPNDKK) hari ini menafikan laporan dua akhbar tempatan yang melaporkan bahawa harga gas petroleum cecair (LPG) akan dinaikkan sebanyak RM7.00 setong mulai tahun depan. 

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan itu, KPDNK menganggap laporan yang menjadi viral di media sosial itu tidak bertanggungjawab dan menimbulkan suasan panik dalam kalangan pengguna. 

KPDNKK memberikan jaminan bahawa harga LPG masih kekal seperti yang ada hari ini. Mana-mana pihak disarankan untuk membuat semakan dengan pihak KPDNKK terlebih dahulu bagi mendapatkan kepastian sebelum menyiarkan sebarang kenyataan. - The Reporter


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.