Tampak semakin berseri dan juga bersinar wajah penyanyi Siti Sarah Raisuddin sejak kebelakangan ini.
Jika anda rajin membelek laman Instagram miliknya, pasti akan perasan akan perubahan terhadap penyanyi lagu ‘Kesetiaan’ ini.
Bercakap kepadaBerita Harian, Sarah tidak menafikan dia telah melakukan ‘sesuatu’ terhadap giginya yang kini nampak lebih rapi dan cantik.
“Mungkin
faktor usia juga yang membuatkan saya nekad dengan keputusan
memperbetulkan gigi jarang saya. Apabila usia meningkat, gigi saya
sebenarnya renggang juga pada bahagian kiri dan kanan.
“Orang
ramai selalu nampak gigi jarang saya di bahagian depan. Hakikatnya, di
dua bahagian lain ia turut mengalami masalah sama. Kadang-kadang apabila
menonton rakaman diri saya di TV, gigi kelihatan seperti rongak dan
patah,”ujarnya.
“Saya ubah gigi ini kerana mempertimbangkan banyak perkara. Ketika menyanyi, faktor pernafasan adalah amat penting,”katanya lagi yang bakal muncul dengan lagu terbaharu berentak balada yang dicipta oleh kawannya sendiri. –CARI
Foto: IG Sarah
SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :