Nak mandi dan kafankan macam mana lagi kalau seratus peratus tubuh mayat itu berupa khinzir, yang termasuk dalam najis mughalazah (najis berat). Nak pegang pun tak boleh, tegasnya. Kalau setakat separuh manusia, separuh haiwan boleh saya usahakan lagi menyempurnakan setakat mana yang patut,
Gempar.
Mayat seorang ahli perniagaan berasal dari Shah ALam, telah bertukar
rupa menjadi bangkai seekor khinzir selepas beberapa jam meninggal
dunia. Imam muda Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ( Masjid
Negeri ), di sini, Ustaz Kamal Ashaari, 28, yang mengesahkan kejadian
aneh dan pelik itu berkata ia disaksikannya sendiri pada tahun lalu.
Pada
hari itu kira-kira jam 3:00 pagi, saya menerima panggilan telefon
daripada seorang lelaki meminta pertolongan untuk mengusruskan mayat
jenazah ahli perniagaan di Shah Alam. Oleh kerana jarak yang boleh
dikatakan jauh ( hampir 30 kilometer), saya bertanya kepada lelaki
berkenaan, tidak adakah orang lain yang lebih dekat yg boleh
menguruskannya mayat arwah? Lelaki itu , kata Kamal bagaimanapun
memintanya datang jua ke kediaman ahli perniagaan itu yg terletak di
kawasan perumahan elit dgn seberapa segera. Oleh kerana dia mendesak,
saya pun bergegas datang ke rumah lelaki itu seorang diri dengan menaiki
van masjid. Saya sampai di sana kira-kira setengah jam kemudian,
Menurut
Kamal , di sini, minggu lalu, dia disambut oleh seorang lelaki tua yang
pada mulanya disangkakan ayah simati. Lelaki itu menjelaskan kpd saya
dia hanya tukang kebun. Apabila saya masuk ke dalam rumah, ada pula
seorang wanita tua tukang masak. Hanya mereka berdua yg ada di dalam
rumah itu pada masa itu, katanya.
Melihat
keadaan demikian kata Kamal, dia bertanya kpd pasangan tersebut ke mana
menghilangnya anggota keluarga simati. Saya diberitahu anak-anak simati
telah pun pulang ke rumah masing-masing menjelang waktu maghrib
sebelumnya. Mereka memberi alasan tidak boleh menunggu di situ kerana
hendak bekerja keesokan harinya, ujar imam muda itu.
Saya
pun tidak mahu soal panjang lagi tapi andaian saya, keluarga ini
bolehlah dianggap sebuah keluarga yang porak-peranda jika begitu sikap
anak-anak si mati pada hari kematian ayah mereka, tambahnya. Dia yang
berpengalaman lebih tiga tahun dalam bidang pengurusan jenazah sejak
menuntut di University Al-Azhar, Mesir, beberapa tahun lalu meminta izin
untuk melihat mayat berkenaan.
Saya
dibawa ke ruang tengah banglo mewah itu. Di sana saya dibawa melihat
mayat seorang lelaki berusia lengkungan 50-an yg tubuhnya agak sasa
terbujur kaku tanpa sehelai kain pun menutup tubuhnya. Saya meminta kain
kepada lelaki tukang kebun dan kain itulah yg saya gunakan untuk
menutup mayat. Saya sendiri merasa hairan kenapa mereka membiarkan tubuh
si mati terbuka sedangkan dia seorang yg kaya raya. Takkan kain nak
tutup mayat pun tidak ada, katanya.
Selang
beberapa minit kemudian, kata Kamal dia pun mula membaca kitab suci
Al-Quran di sisi mayat tersebut sementara menunggu masuk waktu Subuh.
Saya terpaksa tunggu waktu Subuh dengan harapan hendak mendapatkan
bantuan daripada jemaah sebuah masjid yang berhampiran. Ini kerana
dengan tubuh mayat yang agak berisi, saya tak yakin mampu menguruskannya
seorang diri, ujarnya.
Bagaimana
pun kata imam itu pada masa dia sedang bersiap-siap hendak keluar ke
masjid, suatu kejadian aneh yang cukup mengejutkan telah berlaku. Saya
ternampak seolah-olah ada benda sedang bergerak di bawah kain yg
menutupi mayat itu. Namun untuk terus membukanya, saya tidak berani,
ujarnya.
Selang
kira-kira empat minit kemudian iaitu apabila pergerakan di bawah kain
itu berhenti, dia pun memberanikan dirinya membuka kain tersebut.
Alangkah terkejutnya saya apabila yang saya lihat di bawah kain itu
bukan lagi mayat lelaki tersebut tetapi bangkai seekor khinzir(babi)
hutan yang saya percaya telah bertukar rupa dengan takdir Allah,
katanya.
Melihat
kejadian pelik itu, kata Kamal dia menjadi gementar dan lututnya terasa
begitu lemah. Saya lantas memanggil lelaki tukang kebun dan
memberitahunya kejadian tersebut. Saya juga bertanya kepadanya perihal
sikap dan tindak tanduk majikannya itu yang mungkin boleh dijadikan
andaian sebagai punca kejadian itu, katanya.
Menurut
Kamal, lelaki itu kemudian menceritakan kepadanya bahawa tokoh korporat
itu semasa hayatnya bukan saja tidak pernah ke masjid atau pun
bercampur gaul dengan jemaah rumah Allah itu malahan bersikap anti
kepada sebarang kegiatan yang bercorak agama.
Ini
semua kuasa Allah tapi saya andaikan itu mungkin salah satu sebab yang
menjadi punca mayatnya bertukar rupa menjadi khinzir, katanya lagi.
Menyambung ceritanya, imam muda itu berkata oleh kerana keseluruhan
tubuh badan lelaki itu telah bertukar menjadi khinzir, maka dia pun
mambatalkan hasratnya untuk menyempurnakan mayat itu sebagaimana yang
biasa dilakukan terhadap manusia.
Nak
mandi dan kafankan macam mana lagi kalau seratus peratus tubuh mayat
itu berupa khinzir, yang termasuk dalam najis mughalazah (najis berat).
Nak pegang pun tak boleh, tegasnya. Kalau setakat separuh manusia,
separuh haiwan boleh saya usahakan lagi menyempurnakan setakat mana yang
patut, tambahnya.
Oleh
yang demikian, kata Kamal dia bersama-sama tukang kebun itu kemudian
menyeret bangkai khinzir itu yang berlapikkan tikar ke belakang rumah.
Di sana, kami gali lubang dan tanam bangkai itu sebagaimana yang biasa
dilakukan orang terhadap bangkai binatang, ujarnya. ( Petikan: Mingguan
Warta Perdana )
Perhatikan
suatu ketika dahulu umat Islam mudah sangat percaya dengan kisah2
mistik dari penceramah agama tanpa dipersoalkan atau disoal siasat
terlebih dahulu. Agama islam bukan agama mistik. tapi benda2 mistik la
yg melayu suka dengar. Spt kisah dongeng (urban legend) jutawan
damansara bertukar menjadi babi hutan lalu ditanam dibelakang rumahnya
oleh seorang ustaz tu bila ditanya balik ada tak ustaz lapor polis
sebelum tanam? ada surat mati ke tidak, ada tak anak2 lapor polis utk
dptkan surat mati utk proses tuntutan pusaka & faraid? ada laporan
orang hilang tak?
sedangkan yg mati tu JUTAWAN. bila ditanya ustaz tu
buat derk jer .. nampak sgt di malaysia ni bertebaran ramai jenis ustaz
jadian jaja cerita utk penyedap isi ceramah.
SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :