Satu
Malaysia kini dilanda demam dengan drama lakonan Fattah Amin dan
Neelofa sehingga ada yang mahu mereka berdua bercinta. Iyalah, bukan
main manja dan manis lagi watak Ejaz dan Warda sehingga kemesraan mereka
cukup jelas di luar set penggambaran.
Tentu
sekali orang ramai ingin tahu apakah pula komen bekas kekasih Fattah
iaitu Sherry Ibrahim mengenai drama Suri Hati Mr. Pilot.
Namun,
Sherry nampaknya enggan lagi menoleh ke belakang dan terus melangkah
apabila beliau tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai drama
berkenaan.
Saya tidak mahu komen apa-apa.
Sebelum ini Fattah pernah mengeluarkan kenyataan bahawa hubungan mereka masih baik sebagai kawan biarpun sudah berpisah.
Malah, bila ditanya mengenai hubungan beliau dengan pelakon lelaki itu Sherry sekali lagi enggan memberi sebarang jawapan.
Ermmh, diam itu ada kalanya lebih baik daripada mengeluarkan sebarang kenyataan. Soal hati ini susah untuk dibicarakan.
Sumber Berita : Kosmo Online
SUKAKAN ARTIKEL INI? ~*SHARE*~
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :