Bakal
berkahwin dengan seorang doktor iaitu Che Muhammad Hafiz pada bulan
November ini, penyanyi dan pelakon Lufya Omar pernah memberitahu akan
mengadakan sidang media pada 10 Oktober 2016 bagi berkongsi butiran
lanjut mengenai perkahwinannya itu.
Namun,
apabila tibanya tanggal 10 Oktober lepas, sidang media berkenaan
terpaksa dibatalkan. Pihak media dan peminat agak kecewa kerana apa yang
dirancang tidak kesampaian.
Susulan
itu, Lufya menerusi portal mStar Online memohon maaf kepada semua pihak
di atas pembatalan sidang media berkenaan. Menurut Lufya, ia dibatalkan
kerana mempunyai beberapa masalah dalaman yang tidak dapat dielakkan.
Saya
mohon maaf terpaksa batalkan sidang media tersebut kerana masalah
dalaman antara lokasi penaja dengan pihak kami. Namun, majlis
perkahwinan akan tetap diteruskan dan persiapan perkahwinan dilakukan
secara sederhana sahaja.
Apa
yang penting ialah perkahwinan itu dirahmati Allah dan kehidupan
selepas berkahwin perlu dirancang dengan baik dari sekarang.
Menurut
Lufya, beliau bakal mengumumkan tarikh pernikahan beliau dan Che
Muhammad Hafiz dalam masa terdekat berserta kad jemputan yang bakal
diedarkan tidak lama lagi.
Insya-Allah
pada November ini dan tarikhnya nanti saya akan beritahu. Kami sudah
buat keputusan untuk melangsungkan pernikahan dan resepsi pada hari yang
sama.
Kami berharap segalanya akan dipermudahkan buat Lufya Omar dan tunangnya sehingga ke hari mereka diijabkabulkan.
Sumber Berita : mStar Online
SUKAKAN ARTIKEL INI? ~*SHARE*~
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :