Peperangan
yang berlaku antara Elly Mazlein, bekas suaminya Azmi Hatta dan pelakon
Faye Kusairi memang panas sekali. Satu demi satu pendedahan Elly
lakukan mengenai sikap bekas suaminya itu kepada orang ramai melalui
akaun Instagramnya.
Tidak mengalah, Elly sudah berjaya menuntut nafkah anaknya Putri Sarah Sefhia sebanyak RM 1,500 sebulan.
Elly
memberitahu beliau tidak mahu memanjangkan lagi perkara berkenaan dan
akui sebenarnya perang di Instagram mengenai bekas suaminya adalah satu
perbuatan yang memalukan.
Pada
saya, bertelagah di Instagram dan satu negara baca mengenainya
perbuatan memalukan. Sebelum ini, saya cuba tutup aib serapat-rapatnya.
Sejak mengandung lagi, saya sudah kena macam-macam perkara dan hampir
meroyan.
Saya
berani untuk lantang bersuara pun adalah untuk menuntut hak saya dan
anak daripada bekas suami. Ketika saya berdiam diri, pihak satu lagi
pula yang banyak bersuara dan itu membuatkan saya juga tampil bersuara.
Mujurlah, saya dapat bantuan daripada keluarga yang sentiasa memberi
sokongan. Saya tak mahu lagi menoleh ke belakang.
Menurut Elly, beliau enggan lagi memikirkan perkara lalu dan sudah memaafkan bekas suaminya dan Faye.
Sehubungan
dengan itu, beliau akan memadam setiap foto dan status negatif serta
mengundang kontroversi di Instagram kerana ingin menghormati peminatnya
yang tdak putus memberikan beliau sokongan dan semangat untuk kekal
tabah menghadapi segala ujian.
Alhamdulillah, walaupun banyak dugaan, saya bersyukur kerana peminat dan pengikut sentiasa memberikan semangat kepada saya.
Baguslah
kalau tidak mahu memanjangkan lagi perkara tersebut. Apa yang berlaku
jadikanlah sebagai pengajaran hidup. Kami harap Elly Mazlein terus
bahagia bersama anaknya.
Sumber Berita : Harian Metro
SUKAKAN ARTIKEL INI? ~*SHARE*~
LAYARI

LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
LAYARI

LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :