Penantian
hampir setahun berakhir jua apabila konsert pertama GegarVaganza 3
telah berlangsung semalam. Abang Nara dari pukul 830 malam dah tercongok
depan televisyen. Memang tak sabar. Ternyata konsert pertama GV3 tidak
mengecewakan dari segi persembahan peserta, lawak Nabil dan Jihan serta
interaksi para juri dan juga Dato Vida. Semuanya memberi kombinasi yang
cukup awesome untuk para penonton menghiburkan diri di hujung minggu.
Seperti
musim-musim sebelum ini, minggu pertama Gegar Vaganza menyaksikan para
peserta menyanyikan lagu yang telah mempopularkan mereka satu ketika
dahulu. Orang kata ini lagu makanan. Semua persembahan best-best belaka
tetapi feveret Abang Nara ialah Zarul dengan Ramalanku Benar Belaka dan
juga Nora Di Persimpangan Dilema. Apa pun, tahniah diucapkan kepada Siti
Sarah kerana berjaya merangkul tempat pertama di minggu pertama ini.
Siti Sarah telah menyanyikan lagu Jangan Kau Mimpi.
Seperti
biasa juga minggu pertama tiada sebarang penyingkiran berlaku. Semuanya
masih tengah panaskan badan jadi tak adil lah untuk singkirkan sesiapa.
Adakah anda turut sama menonton konsert pertama GegarVaganza 3 semalam?
Kalau iye, persembahan manakah yang menjadi feveret anda? Siapakah yang
mempunyai aura juara? Siapa pula yang akan tersingkir awal? Kongsikan
pendapat anda di ruangan komen. Jangan lupa bahawa Abang Nara dan Astro
akan memberikan 3 keping tiket khas menonton konsert GegarVaganza 3
setiap minggu. Kena nantikan artikelnya setiap hari Khamis.
SUKAKAN ARTIKEL INI? ~*SHARE*~
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :