Sensasi

Rasuah: Wang Tunai RM112 Juta, 9 Kereta Mewah, 97 Geran Tanah, Barangan Kemas & Barangan Lain Dirampas SPRM


KOTA KINABALU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas wang tunai RM112 juta termasuk sembilan buah kereta mewah, barangan kemas, geran tanah serta beberapa lagi barangan lain, susulan tangkapan dua pegawai jabatan kerajaan di ibu negeri itu, semalam, berhubung kes rasuah membabitkan projek bernilai RM3.3 bilion, lapor Harian Metro.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata, kesemua wang dan barangan tersebut ditemui hasil daripada serbuan di beberapa lokasi termasuk pejabat, rumah dan kenderaan milik suspek. 

RM52 juta dari RM112 juta wang tunai itu disimpan di rumah, pejabat dan kenderaan suspek. Selebihnya di beberapa akaun bank milik suspek dan keluarga mereka. 

Video: Harian Metro
Video Harian Metro
"Selain dua kakitangan kerajaan berpangkat pengarah, 54 dan timbalan pengarah, 51, dua lagi individu ditahan membabitkan seorang ahli perniagaan, 55, dan akauntannya, 50, turut ditahan untuk membantu siasatan. 

"97 geran tanah milik seorang dari pegawai kerajaan terbabit juga turut dirampas. Siasatan secara terperinci juga akan diteruskan termasuk membabitkan beberapa individu lain yang dipercayai boleh membantu siasatan," katanya. - The Reporter


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.