Sensasi

Pengguna Berhak Dapat Bayaran Balik Jika LRT & Monorel Lewat 15 Minit - Menteri


KUALA LUMPUR - Pengguna Transit Aliran Ringan (LRT) dan KL Monorel berhak meminta bayaran balik jika kereta api tertunda selama 15 minit atau lebih, kata Datuk Nancy Shukri, lapor New Straits Times.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, pengguna yang telah membeli tiket juga boleh mendapatkan kupon sebagai ganti tiket mereka untuk perjalanan keesokan hari. 

"Pada masa ini, perkhidmatan LRT dan KL Monorail adalah di bawha pengurusan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana).

"Ia adalah amalan Prasarana membuat bayaran balik kepada penggunanya yang mengalami kelewatan atau menggantikannya dengan kupon yang boleh digunakan sebagai tiket untuk perjalanan keesokan hari," katanya pada persidangan Dewan Rakyat dalam jawapan bertulis kepada Datuk Koh Nai Kwong (BN-Alor Gajah). 

Koh terdahulu bertanya sama ada kerajaan akan melaksanakan sistem pampasan untuk pengguna pengangkutan awam seperti di United Kingdom dan Jepun. 

Menurut Koh, pampasan itu diperlukan terhadap sistem pengangkutan awam yang tidak menepati jadual bagi memastikan mereka memberi perkhidmatan yang cekap dan juga sebagai pendorong kepada pengurusan LRT dan MRT untuk menaik taraf perkhidmatan mereka kepada orang ramai. 

Menurut Nancy, polisi yang sama juga akan diguna pakai bagi laluan MRT yang dijangka mula beroperasi pada hujung 2016 ini yang turut dikendalikan oleh syarikat Prasarana. - The Reporter


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.