Sejak
menyertai Gegar Vaganza 3, tahap kesihatan penyanyi Elly Mazlein agak
tidak menentu meskipun beliau sudah mendapatkan rawatan di klinik.
Terkejut
juga kami apabila Elly mendedahkan beliau menerima beberapa gangguan
ganjil yang menyebabkan kesihatannya tidak pulih sejak tiga minggu
lepas.
Sudah
masuk tiga minggu sakit saya tidak pulih walhal setiap hari saya ke
klinik ambil suntikan dan berubat. Tadi pun (malam Ahad) doktor datang
untuk beri rawatan sebelum saya naik ke pentas.
Saya
rasa ada sesuatu yang tidak kena dan ramai menasihatkan agar saya
berubat tradisional sebagai salah satu ikhtiar untuk baik.
Bukan
itu sahaja, Elly turut mengalami perkara pelik dan misteri ketika
berada di rumah sehingga membuatkan beliau sentiasa merasa takut.
Namun, Elly tidak mahu berbicara lanjut mengenai perkara itu dan akan cuba berubat secara Islam pula selepas ini.
Saya
tidak boleh cerita banyak, cukuplah saya katakan akan berubat dengan
rawatan Islam dengan harapan semuanya kembali seperti biasa.
Alahai,
dalam zaman serba moden dan canggih ini masih ada lagi manusia yang
percaya dengan perbuatan sihir dan ilmu hitam hanya kerana hasad dengi
kepada orang lain. Apa-apa pun, kami mendoakan agar Elly Mazlein cepat
sembuh.
Sumber Berita : mStar Online
SUKAKAN ARTIKEL INI? ~*SHARE*~
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :