JOHOR BAHRU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedang mengenal pasti punca kebakaran di Hospital Sultanah Aminah (HSA) sehingga mengakibatkan kematian enam pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) pagi tadi, lapor Harian Metro.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Johor, Mohd Rizal Buang berkata, setakat ini punca kebakaran dipercayai berlaku di sebuah bilik di wad berkenaan.
"Maklumat awal yang diperoleh daripada kakitangan yang bertugas selepas melihat kebakaran bermula dari sebuah bilik di wad itu.
"Bomba menjalankan siasatan pada jam 2 petang tadi selepas api berjaya dikawal dan dipadamkan sepenuh pada jam 1.30 tengah hari tadi," katanya.
Difahamkan pihak JBPM telah mengambil sampel-sampel untuk dihantar ke makmal bagi mengetahui punca sebenar kejadian itu.
Sementara itu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar bertitah agar Wad Diraja di HSA dibuka sementara bagi menempatkan pesakit ICU.
Foto BERNAMA |
Lapor Harian Metro, seramai 10 kakitangan HSA terbabit dalam keadian itu.
Berdasarkan senarai maklumat mangsa yang tersebar di media sosial, enam pesakit di wad ICU maut, seorang pesakit wanita masih hidup namun badannya melecur 80%, seorang kakitangan wanita parah, manakala dua lagi mangsa termasuk seorang pelajar melecur.
Senarai mangsa yang maut dan cedera dalam kebakaran di HSA |
Yusof Hasan, 51, yang baru saja menjalani pembedahan otak di HSA dua hari lalu ditempatkan di wad ICU tersebut, belum sempat pulih sepenuhnya antara enam pesakit yang maut dalam kebakaran itu, lapor NST.
Menurut warisnya, On Mahat, 60, berkata, dia hanya mengetahui kejadian itu pada jam 8.30 pagi tadi.
"Saya tahu Yusof salah seorang yang ditempatkan di wad itu, saya terus bergegas ke HSA untuk memeriksa. Malangnya, saya nampak nama Yusof dalam senarai mangsa kejadian," kata On.
Meskipun sedih, On redha dengan ketentuanNya.
Wad dipenuhi asap kebakaran |
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Salleh berkata, pihak berkuasa sedang menyiasat punca kebakaran dan siasatan awal menunjukkan kejadian mungkin berpunca daripada litar pintas.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula mahu siasatan terperinci dilakukan secepat mungkin. Ekoran dari kejadian itu juga, Najib mahu kerajaan meningkatkan tahap keselamatan di hospital HSA.
"Sedih menerima berita ada yang terkorban dalam kejadian itu. Takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban," katanya melalui laman Twitter.
Di media sosial pula tersebar gambar yang mendakwa punca kejadian berpunca dari pengecas telefon bimbit yang meletup dan menyebabkan tilam seorang pesakit terbakar. |
Dua kakitangan HSA dihantar ke Hospital Sultan Ismail, manakala seorang lagi kakitangan dirawat di HSA akibat terhidu asap. - The Reporter
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :