Apabila pintu lif terbuka, barulah kami masuk dan waktu itu saya perasan ada seorang lelaki di depan saya seperti lelaki yang berada di lif pertama tadi. Tetapi saya tidak mengesyaki apa-apa. Namun, saya sedar lelaki itu memerhatikan saya. Mungkin dia terkesima melihat eyeshadow kami yang agak menarik perhatian. Cara dia memerhatikan kami pula bukannya bersembunyi tetapi memandang tepat ke arah kami. Saya abaikan saja dan terus bersembang dengan rakan.
Keluar saja di tingkat satu (panggung wayang di tingkat dua), baru saja beberapa langkah, saya terus berhenti.
"Eh? Betul ke sini?"
Pada masa itulah saya perasan yang lelaki itu ada di belakang kami dan dia juga berhenti dan terkejut apabila menyedari yang kami perasan akan kehadirannya itu. Kami berpandangan seketika. Tak sedap hati, saya terus bawa Clare naik eskalator dan memberitahu dia bahawa lelaki itu mengekori kami. Sampai di tingkat dua, lelaki itu masih juga mengekori kami.
Kami melangkah dengan pantas ke panggung wayang dan berhenti seketika di depan pintu masuk untuk memastikan sama ada kami benar-benar diekori lelaki tadi. Ternyata benar, lelaki itu masih mengekori dan menuju ke arah kami dan merenung tepat ke arah kami.
"Hello sayang, di mana sekarang? Oh, di panggung dah? Sayang sama Malik kan? Bah, kami tunggu di sini, di pintu. Cepatlah, wayang dah nak mula ni," spontan saya berpura-pura menelefon teman lelaki. Entah kenapa pula nama Malik yang dipetik, mungkin terbayang akan Malik Noor pada ketika itu.
Lelaki itu cemas, lalu beratur mengikut sekumpulan orang yang tengah masuk. tetapi dia tidak pergi ke hall, sebaliknya dia menunggu di eskalator dan kembali memandang kami. Mungkin dia mahu menunggu kami masuk dan seterusnya mengekori kami lagi. Nampak sangat dia sudah menyasarkan kami.
Kemudian, kakitangan yang bertugas menyedari lelaki itu masuk tanpa tiket, disuruh beredar. Entah apa alasan dia pada ketika itu. Lelaki itu masih lagi memandang kami dan kali ini dia seperti mahu mendekati kami. Apa lagi, kami segera masuk dan scan barcode tiket dan berjalan laju. Lelaki itu juga pantas mengekori kami.
Kami yang ketakutan, tak jadi teruskan perjalanan. Lalu berpatah balik ke tempat kakitangan yang bertugas menjaga tiket tadi.
Ada tiga kakitangan yang bertugas, mereka tanya kami hall berapa. Saya terus memberitahu bahawa ada lelaki yang sedang mengekori kami. Dalam masa yang sama, salah seorang daripada mereka bertiga perasan yang lelaki itu cuba masuk tanpa tiket buat kali kedua.
"Mana tiket?" soal kakitangan berkenaan.
Lelaki itu terus menunjuk-nunjuk ke arah kami kononnya dia bersama kami.
"Dia datang bersama awak berdua? Berapa banyak tiket awak?" soal kakitangan berkenaan.
"Bukan! Dari bawah tadi lelaki ini telah mengekori kami," jelas saya yang kemudian menceritakan apa yang berlaku sebelum itu.
"Kau mengekori mereka berdua ke?" soal kakitangan berkenaan.
Tanpa menjawab persoalan itu, lelaki berkenaan terus beredar. saya cuba merakam gambarnya namun tidak sempat sebab tangan saya sudah menggigil ketakutan pada ketika itu.
saya tak tahu apa motif lelaki ini sama ada dia mahu menyamun atau merompak bagai. Saya bimbang jika dia tiba-tiba mengeluarkan pisau dan melakukan sesuatu yang tidak diingini. Tambahan pula orangnya nampak seperti psiko.
Oleh kerana bimbang dengan keselamatan diri, tiga kakitangan berkenaan menasihatkan kami untuk terus masuk ke panggung dan apabila selesai, kembali semula pada mereka dan mereka akan escort kami pulang ke hotel.
Terima kasih buat tiga kakitangan GSC 1 Borneo. Maaf, saya tak tahu nama awak bertiga. Tetapi mereka banyak membantu dan memastikan kami selamat sampai ke hotel meskipun itu di luar tanggungjawab mereka. Terima kasih sekali lagi.
Kepada pihak pengurusan 1Borneo, anda perlu melakukan sesuatu berkenaan hal ini. Menurut netizen yang lain, kejadian ini bukan pertama kali berlaku di 1Borneo. Mohon pertingkatkan lagi kawalan keselamatan seperti menempatkan setiap pengawal keselamatan di setiap tingkat untuk membuatkan pengunjung berasa lebih selesa, selain membuatkan penjenayah takut untuk melakukan perkara yang tidak baik.
Sebelum ini saya selalu berkunjung ke 1Borneo, namun selepas kejadian ini saya rasa agak kurang selamat berkunjung ke situ melainkan saya ada pengawal keselamatan peribadi seperti Malek Noor.
Tolonglah 1Borneo, lakukan sesuatu. Jika anda perlukan pengesahan mengenai apa yang berlaku pada saya ini, anda boleh semak rakaman CCTV.
Kawan-kawan semua, berhati-hatilah. - Diana Nabila | The Reporter
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :