Sensasi

Bayi Ditikam 14 Kali Akan Dijadikan Sebagai Anak Angkat Oleh Pasangan Dari Sweden


THAILAND - Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan parah ditikam sebanyak 14 kali dan dikuburkan dalam keadaan masih hidup dalam kejadian February lalu.

Artikel berkaitan:
Ketika kejadian itu, mangsa, Aidin, yang kini berusia 9 bulan, dikuburkan sedalam 20 sentimeter dalam keadaan meniarap, beberapa hari selepas dia dilahirkan. 

Bagaimanapun, mangsa sempat diselamatkan oleh seorang wanita yang kebetulan lalu di kawasan itu yang terdengar tangisan mangsa.

Kachit Krongyut, 53, berkata, ketika melalui kawasan itu, dia terdengar bunyi tangisan bayi dan segera mencari bunyi tersebut. Puas mencari, dia ternampak kaki mangsa terkeluar dari tanah dan segera menggali tanah tersebut bagi mengeluarkan mangsa. Alangkah terkejutnya Kachit bila mendapati badan mangsa penuh dengan kesan tikaman, lalu segera menghantarnya ke hospital untuk mendapatkan rawatan. 


"Pada mulanya saya fikir ada orang tanam binatang belaan mereka hidup-hidup. Tetapi bila saya ternampak kaki bayi, saya terkejut dan cuba meminta bantuan. Mangsa dikuburkan dalam keadaan muka tertiarap ke bawah," katanya. 

Menurut doktor, Aidin bernasib baik kerana tekanan tanah pada badan bayi itu menyebabkan Aidin selamat dari pendarahan yang berterusan.

Difahamkan, Aidin kini dibawah jagaan pusat perlindungan anak yatim dan akan dijadikan sebagai anak angkat oleh pasangan Sweden tidak lama lagi. 

Doktor percaya, Aidin mungkin telah didera oleh ibu kandungnya yang berusia 42 tahun, warga tempatan. 

Berdasarkan kesan tapak kaki dan kesan tayar motosikal yang terdapat di kawasan kejadian, banyak memberi petunjuk pada pihak polis untuk menangkap wanita berkenaan.

Hasil siasatan polis, suspek berjaya ditahan dan akan didakwa di atas pertuduhan cubaan membunuh dan membuang bayinya sendiri. - The Reporter


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.