Abang Aku Ustaz. Hensem Pulak Tu. Tapi Dia Pilik Isteri Yang TAK CANTIK. Aku Frust Sebelum Tau |
Sudah
menjadi lumrah setiap orang suka akan keindahan dan kecantikan. Begitu
juga dalam memilih pasangan hidup, kebanyakannya akan lebih mudah
tertarik kepada penampilan secara luaran terlebih dahulu.
Kisah
yang kami nak kongsikan ini benar-benar buka mata yang kecantikan
bukanlah menjamin kebahagiaan rumahtangga. Siapa je yang sanggup
lepaskan kerja sebagai pensyarah semata-mata kerana mahu menjaga ibu
mertua dan nenek yang terlantar sakit? Walaupun selekeh dan tak bergaya,
keperibadian wanita ini memang kami salute!
Berangan nak ada kakak ipar cantik
Abang
aku ustaz. Muka boleh tahan hensem, dia sangat active masa study kat
Mesir dlu, kira orang kuat la. So aku pernah dengar la ada 2 3 orang
perempuan syok kat dia. Lepas habis belajar abang aku cakap nak kahwin,
suruh ummi pergi rumah bakal kakak ipar aku. Aku pun semangat la, mesti
bakal kakak ipar aku cantik, mesti jenis lemah lembut, jenis ayu habis.
Ye la abang aku ustaz, bakal doctor tak lama lagi. aku berangan la ada
kakak ipar cantik. Yang boleh layan gila-gila aku. Last-last tengok,
alah biasa ja. Tak kurus tak gemuk. Senyum ja manis. Muka pucat semacam.
Tapi aku okay ja sebab dia baik, senang bawak bersembang even macam
orang tua-tua cara dia. Jenis tak heran lansung tudung dia senget ke
betul ke, janji dia buat kerja dia. Cuma aku still berharap abang aku
terima seorang sis ni. Dia memang syok dekat abang aku, cantik pun
cantik. Orang femes insta gitu. Kira macam model muslimah la.
Lagipun
aku tengok cara hidup dia dengan abang aku sangat berbeza. Abang aku
jenis tertib gila, kakak ipar aku ni jenis bedal tak kira apa, kalau
jumpa orang tua, mulut dia boleh bercakap tak berhenti.
4
bulan lepas tu diorang kahwin. Kakak ipar aku ni jenis biasa ja orang
dia. Pakai baju labuh dengan jeans, tudung shawl, satu jenis tu ja dia
lilit. Tak mekap lansung. Aku tak pernah tengok dia tempek bedak. Masa
kenduri kahwin memang beza gila muka dia. Seri pengantin kot, cantik
sangat, tapi sekali tu ja la. tu pun sebab kena paksa dengan kakak dia.
Kakak dia muo, terpaksa la ikut kehendak kakak dia. dia malu sangat nak
ambil gambar. Nak pegang abang aku pun dia tergetar-getar. Kalau dia
rancak bersembang dengan makcik-makcik, abang aku usik sikit ja terus
diam. Aku tengok bahagia ja diorang. Adik beradik aku semua suka dekat
kakak ipar aku, tapi aku kadang-kadang macam tersebut pasal model
muslimah tu depan dia, dia macam terasa jugak la. Ye la, kalau sekali
pandang macam tak padan. Abang aku hensem dia biasa ja.
Kakak ipar sanggup berhenti kerja jaga mak & nenek
Tahun
lepas mak aku sakit. Nenek aku pulak nyanyuk, kakak ipar aku yang kerja
sebagai lecturer tu berhenti sebab nak jaga mak dengan nenek aku. Bila
abang aku balik, abang aku tolong. Aku lansung tak tolong, kami dua
beradik ja. Aku ni kononnya busy belajar. Kadang-kadang je aku tolong
mandikan mak. Satu hari aku balik, nenek tengah lumur kepala dia dengan
najis, kakak ipar aku tengah mandikan mak aku. Dah la mak aku jenis
besar, dia mandikan sorang-sorang. Aku nampak muka dia merah,
sorang-sorang kot angkat. Lepas dia masuk bilik tengok tok, dia lansung
tak marah. Dia mandikan tok pulak. Dia tak nampak aku dah balik. Masa ni
aku dah rasa sebak. Hebat kakak ipar aku ni. Banyak kerja dia sehari
suntuk. Bukan senang jaga orang sakit.
Malam
tu aku nampak abang aku tolong urutkan kaki kakak ipar aku masa dia
tengah tidur sambil tengok TV kat bawah. Abang aku menangis weh. Dia
usap pipi kakak ipar aku. Aku nak turun bawah time tu, aku buat2 tak
nampak, aku naik balik atas. Aku pulak dok sedih sorang-sorang kat atas.
Kenapa selama ni aku tak nampak? Aku tak patut soalkan pun kenapa abang
aku pilih dia.
Mak syurga abang aku, dia kena jaga syurga tu
Kakak
ipar aku cantik, tapi abang aku je nampak. Dia tak tayang dia slim kat
ig, dia tak gila mekap nak tunjuk dia cantik. Most importantly, dia
sayang abang aku seadanya. Sanggup susah bersama even dia dah ada semua.
Lansung tak mengeluh depan abang aku padahal aku nampak weh, susahnya
dia nak hadap semua ni. Selalu aku nampak dia tertidur sambil bagi makan
mak dengan nenek aku. Time makan pun dia kena makan berdiri
kadang-kadang, tak ada masa untuk diri sendiri. Aku pernah tanya dia
kenapa susah sorang-sorang, ambik la maid. Dia cakap mak aku syurga
abang aku, dia kena la jaga syurga abang aku.
Sebab
dia, aku akan balik jugak setiap minggu nak tolong dia jaga mak n nenek
aku. Sebab dia aku sedar. Patut la mak aku sayang sangat menantu dia
ni, memang lain drpd yang lain. Point aku, tak payah judge orang based
on appearance je. Nampak ja kakak ipar aku ni rock, but she really yang
terbaik untuk abang aku. Yang cantik rupa mudah nak cari, yang cantik
hati susah nak jumpa. sumber: iiumc viah bulanoh.
SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :