SEPANG - Dua individu mendakwa seorang pegawai Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah memberikan layanan yang teruk kepada mereka termasuk ibu bapanya.
Pengadu dan keluarganya tiba di KLIA sekitar jam 5.30 petang. Ketika melalui pemeriksaan pasport di kaunter Imigresen, seorang pegawai yang bertugas di Kaunter 33 telah menjerit terhadap ibu bapa mereka.
"Pegawai Imigresen di kaunter 33 berkelakuan sangat biadab terhadap ibu bapa saya! Adakah ini cara dia mewakili jabatan dan negara? Dia menjerit pada ibu bapa saya agar pergi ke Kaunter 31," katanya.
Difahamkan, keluarga berkenaan pada awalnya telah diarahkan oleh seorang pegawai Imigresen (lelaki) untuk pergi ke Kaunter 33 yang pada ketika itu, kaunter tersebut juga tidak menerima sebarang urusan.
"Hello! Hello! Hey! Hello! Kaunter 31! 31! Sana! Sana! Sana! 31!" kata pegawai Imigresen terbabit seperti yang diceritakan oleh pengadu.
Menurut pengadu, jarak di antara pegawai berkenaan dengan ibu bapanya adalah dekat. Jadi tiada keperluan untuk menjerit terhadap ibu bapanya. Pengadu kemudian menghampiri pegawai berkenaan dan memintanya bercakap dengan baik serta tidak perlu menjerit-jerit terhadap ibu bapanya. Namun, teguran dari pengadu menerima respon yang kurang menyenangkan.
"Apa hal? You Siapa? Kenapa dengan you? Saya cakap dengan dia la! You sesat ke? You orang apa?" soal pegawai berkenaan.
"Saya orang Malaysia! Dua orang yang awak jeritkan itu adalah ibubapa saya," jawab pengadu.
"Mana saya tahu. Saya ingat orang Cina. Dia pun (pengadu perempuan) pakai macam tu. Mana saya tahu!" kata pegawai berkenaan.
Ekoran itu, pengadu mempersoalkan tindakan pegawai berkenaan yang dianggap tidak wajar
"Apa kaitan kaum Cina dalam cara layanan pegawai itu terhadap kami? Apa kaitan Cina dengan cara pemakaian saya yang memakai pakaian singkat dan pendek? Apa kaitannya dengan cara saya berpakaian? Apa kaitan Cina dengan cara dia menjerit terhadap OKU dan warga tua? Adakah dia bersikap perkauman?
"Sungguh memalukan! Yang lain (kakitangan) hanya memerhatikan kami, tiada seorang pun yang datang bertanya apa yang berlaku. Apa pegawai itu ingat hanya kerana dia memakai uniform itu kami takut dengan dia?" soal pengadu dalam luahan kekesalan berhubung insiden itu di laman Facebooknya.
Jelas pengadu lagi, pegawai wanita itu turut meminta pegawai yang bertugas di Kaunter 31 mencatat nombor pasport mereka. Pengadu juga turut meminta nama penuh pegawai berkenaan namun pegawai itu enggan memberikannya.
Difahamkan pengadu masih mempertimbangkan sama ada perlu atau tidak mereka membuat laporan polis berhubung kes tersebut. - The Reporter
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :