Bila tengok video pakcik yang mengamuk itu (Suka-suka kau main baling!), huhu.. seram.
Al-kisah hari itu, kereta suami pernah kena lempar dengan rantai besi oleh budak-budak tepi jalan. Umur mereka dalam lingkungan 5, 6 tahun agaknya.
Tengok kereta ini, teruk kan? Saya memang nak marah dah pada masa itu. Tetapi suami tak bagi saya keluar dari kereta sebab dia tahu kalau isteri dia marah sangat, boleh menangis.
Nak tahu apa suami buat? Suami panggil budak-budak itu, suami suruh mereka bersihkan kaca-kaca yang bertaburan di semua kerusi sambil suami bagi khutbah Jumaat.
Selepas itu, kami masuklah dalam kereta dan teruskan perjalanan sambil melihat pemandangan yang luas di depan mata. Hahaha!
Dalam kereta, suami cakap perlahan saja dengan saya.
"Kita pun ada anak, ada masa kita sendiri pun terlepas pandang. Kita sendiri tak tahu anak kita akan menjadi madu atau racun untuk kita. Anggap sajalah Allah menguji kita melalui budak itu," katanya. - Seindah Insyirah
Sesungguhnya, amat tinggi nilai kesabaran suami beliau. Semoga menjadi contoh kepada para lelaki di luar sana. Tidak semua perkara yang boleh diselesaikan dengan menggunakan kekerasan dan didiklah anak dengan baik agar perkara seumpama itu tidak berlaku. - The Reporter
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :