Gara-gara menolak pelawaan untuk berjumpa, Remy Ishak didakwa telah menerima ugutan bunuh oleh seorang wanita berstatus kenamaan. Menurut sumber, Remy telah menerima ugutan melalui panggilan telefon Isnin lalu apabila dihubungi oleh seorang lelaki yang juga dipercayai merupakan orang suruhan wanita VIP berkenaan yang berang dengan tindakan Remy yang enggan berjumpa.
“Namun pelawaan itu ditolak dengan baik oleh artis itu sebelum telefon terbabit diserahkan kepada wanita berkenaan. Sebaik menerima telefon itu, wanita terbabit mengugut mahu membunuh pelakon lelaki itu jika enggan bertemunya. Malah beliau juga pernah membuat laporan polis sebelum ini di Balai Polis Sri Kembangan, Selangor,” katanya kepada Projek MMO.
Bagaimanapun,
Remy dikatakan sempat merakamkan perbualan beliau bersama lelaki
terbabit dan seterusnya membuat laporan di Balai Polis Kota Damansara,
Petaling Jaya. Setelah ditanyakan mengenainya, Ketua Polis Serdang, ACP
Megat Alias ketika dihubungi telah mengesahkan laporan terbabit dan
memberitahu pihaknya kini sedang berusaha untuk membuat siasatan.
SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :