Tidak cukup menerima ugutan bunuh oleh seorang wanita berstatus kenamaan, kini kediaman Remy Ishak pula menjadi sasaran apabila pihak polis menyerbu rumah beliau di Serdang kira-kira jam 1 pagi semalam, setelah menerima aduan terdapat kegiatan dadah. Malah Remy percaya dirinya telah dianiaya oleh individu yang sama membuat ugutan bunuh sebelum ini.
“Saya syak aduan ini diterima daripada individu sama yang membuat ugutan bunuh terhadap saya. Saya tinggal di situ sudah agak lama. Tidak pernah ada masalah pun. Jadi bagaimana tiba-tiba terima aduan kegiatan dadah di situ. Pihak polis juga sedia maklum bahawa keselamatan saya dan keluarga sekarang berada di dalam keadaan yang cukup membimbangkan”
“Saya
tidak mahu mengulas panjang dan berharap pihak berkuasa menjalankan
siasatan segera. Sebelum ini kereta saya hilang, rumah saya juga pernah
dipecah masuk. Malah, saya juga menerima ugutan bunuh. Keselamatan saya
kini di tahap yang membimbangkan,” katanya kepada Utusan Online sambil merahsiakan lokasi beliau berada kini atas isu keselamatan.
Sebelum ini beberapa laporan polis telah dibuat oleh Remy selepas mendakwa menerima ugutan bunuh daripada seorang lelaki yang juga merupakan orang suruhan seorang wanita berstatus VIP. Ugutan itu dipercayai berlaku kerana keengganan pelakon itu untuk bertemu dengan wanita yang dikatakan berasal dari sebuah negeri pantai timur walaupun ajakan itu ditolak dengan baik. (rkty/w)
SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :