Firdaus Azizi, berkongsikan taktik pihak yang tidak bertanggungjawab cuba mendapatkan maklumat akaun banknya melalui emel dan laman bank palsu.
"Ini macam scam gaya baru. Dapat emel dari 'CIMB Clicks' tetapi alamat emel guna m2u@maybank.com.my. URL yang disertakan dalam emel pula tertulis, 'cimclicks.com.my', tiada huruf 'B'.
Setelah username dan password dilengkapkan, mangsa akan diminta menjawab beberapa soalan seperti nama Ibu dan seterusnya, tahulah apa yang berlaku.
Scam seperti ini sudah lama berlaku, namun jika anda tidak membaca dengan teliti segala emel yang diterima dalam mobile anda, pasti akan mengundang kerugian yang tidak terkata.
Pastikan anda membaca dan menilai segala mesej yang mendakwa emel dari pihak bank. Jika tidak yakin, hubungi pihak bank dan minta mereka sahkan emel tersebut. - The Reporter
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :