Sensasi

'Kalau Jumpa Perempuan Macam Ni, Tolong Hargai' - Redzuan


Oleh Redzuan Abd Manaf

Guys, kalau kau jumpa perempuan macam ini, tolong hargai. Zaman sekarang ini, susah nak jumpa gadis (expecially Melayu) yang suka masuk dapur sendiri. Ramai gadis lebih suka duduk terperuk dalam bilik. Kalau tak selfie, mereka duduk berangan di depan cermin. 

Jangan kisah jika gadis itu nampak macam selekeh. Pakai kain batik, baju t-shirt lusuh (ingatkan kain pengelap kaki), muka pula pucat lesi dah rupa zombie dan kepala pula tertutup dengan tuala mandi macam hantu baru keluar dari perigi. Sebab perempuan macam ini, sekali dia make up, perghh! Keluar korang punya air liur basi. 

Perempuan, kalau dia sudah biasa buat kerja rumah sendiri, inshaAllah kau sebagai lelaki akan terurus selepas berumah tangga nanti. Trust me. 

Mungkin tak semua gadis/perempuan reti masak sesedap mak kau. Tetapi sekurang-kurangnya dia masak dan bukan main beli. Mungkin mereka gosok pakaian tak seelok kau hantar dobi/kedai. Adakalanya mereka membebel mengalahkan mak kau, macam samurai. 

Tetapi percayalah gadis seperti ini kalau kau dapat, kau takkan menyesal. Percayalah kata abang ini. Yang penting kau sebagai lelaki tahu memainkan peranan. Kalau isteri tak cantik, cantikkanlah. Kalau isteri garang, jinakkanlah. Kalau isteri itu solehah, bersyukurlah. Kalau isteri itu dah cukup baik, hargailah. 

Dulu memang abang nak gadis yang cantik, lawa, ada style saja. Sekarang pun taste abang tetap sama (bajet sangatlah). Cuma niat abang totally berubah 360%. Bukan nak mencari gadis/perempuan/isteri cantik untuk bermegah tetapi abang cari yang sama-sama menuju ke jalan Allah dan sama-sama ada, tak kira abang senang ataupun susah. - Redzuan Abd Manaf | The Reporter


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.