Sensasi

'Saya Ingatkan Awak Dah Arwah' - Terkilan Hati Seorang Ibu Bila Guru Sekolah Anaknya Lemparkan Kata-Kata Seperti Itu


Oleh Ieza Bentong

"Saya penat cikgu, baru sampai dari Hospital Kuala Lumpur (HKL). Naik motosikal, berpanas tadi. Dengan sakit kaki lagi," kata anak saya.

"Saya ingatkan awak dah arwah. Lama tak datang sekolah?" kata cikgu berkenaan. 

Wajarkah seorang cikgu berkata begini kepada murid Sekolah Khas O.K.U? Tugas cikgu hanyalah untuk mendidik dia dan menjaga keselamatan dia di sekolah. Tetapi cikgu tiada hak untuk berkata seperti itu terhadap anak saya yang hidupnya saya sendiri tidak tahu bila nafas terakhirnya. 

Kalau cikgu ada hati dan perasaan, cikgu tidak akan tergamak nak berkata begitu disebabkan anak saya sudah lama tidak hadir ke skeolah. 

Cikgu tahu tak betapa perit dan sabarnya hati saya menjaga dia yang sakit sejak berumur enam bulan hingga umurnya sekarang 14 tahun? Setiap tiga minggu kena masukkan darah dan makan pelbagai jenis ubat-ubatan. Pakai pam cucuk jarum sendiri di perut dia dan perlu pakai pam selama 10 jam setiap hari. 

PAda umur 5 tahun dia telah menjalani pembedahan membuang limpa kerana perutnya semakin membesar dan membuncit. Disebabkan itu, dia tidak dapat bermain dengan lasak seperti anak-anak normal yang lain. 

Cikgu tak pernah tahu dan tidak akan mengambil tahu sebab cikgu hanya makan gaji tanpa merasa apa yang keluarga saya rasa. Cikgu tak pernah nak kisah pun anak saya sakit atau tidak. Cikgu tak tanggung apa yang saya tanggung. 

Saya benar-benar menyesal dan sedih bila anak saya menceritakan apa yang berlaku padanya. Dengan nada suara dia yang amat sedih dan terketar-ketar nak marah cikgu. Kalau dia pun rasa sangat kecewa dan terasa hati, inikan pula saya, cikgu?

Cikgu pernah tahu tak apa yang ada dalam hati anak saya? Cikgu pernah merasa apa yang anak saya rasA? Cikgu pernah rasa bila tahu sakit yang dia hidup ini tidak akan sembuh sampai bila-bila? Cikgu tahu tak perasaan saya bila saudara mara saya yang sakit sama dengan dia telah pergi meninggalkan seorang demi seorang? Cikgu tahu atau tidak betapa bimbang dan takutnya saya menunggu giliran saya dan berharap agar giliran Aiman diberi satu keajaiban dari Allah? 

Cikgu tak pernah peduli kan?! 

Saya kesal dengan kata-kata cikgu. Saya hormat cikgu sebagai seorang pendidik. Tetapi bila hal ini cikgu main-mainkan, sebab ego seorang guru sedang naik. Maaflah, saya sudah hilang hormat terhadap cikgu. 

"Abang tak nak pergi sekolah esok. Abang tak nak bising-bising dengan cikgu itu. Dia cakap 'arwah' pada abang," jelas Aiman. 

Cikgu tahu 'arwah' itu apa? Terima kasih banyak Cikgu merupakan orang yang ketiga memperlakukan anak saya seperti ini yang jelas sekali melukakan hati dan perasaan anak saya. 

Pertama, kawan budak sekolah rendah. 

"Eh mak aku cakap orang sakit macam kau ini nanti tak boleh hidup lama," 

Dua bulan anak saya tak nak pergi ke sekolah sebab takut perkataan mati. 

Orang kedua adalah anak jiran depan rumah saya. Umurnya sebaya dengan Aiman. 

"Siapa nak kawan dengan kau? Dahlah O.K.U, cacat," katanya. 

Orang ketiga adalah cikgu. Anak saya tak minta dilahirkan seperti ini. - Ieza Bentong | The Reporter


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.