Dengar tajuk pun rare kan? Biasa “kawan makan kawan”. Ini kawan santau
kawan. Air yang tenang, jangan disangka tak ada santau! Geram pula aku
nak cerita. Tapi bila fikir biar semua yang baca ni dapat pengajaran.
Aku cuba kawal emosi aku. InshaAllah.
Aku
ini student tak duduk hostel. Kira duduk rumah sewa lah. Aku duduk
dengan 5 orang kawan aku. Kiranya semua total 6 orang. Dan setiap bilik
duduk 2 orang. Aku duduk dengan kawan aku yang aku kenal since sekolah
menengah lagi. Yang selebihnya itu aku kenal masa belajar dekat
universiti ini. Rasanya patut mention bukan UIA tapi universiti aku ini
pun tittle ‘islamik’ juga.
Aku
rasa kena kenalkan nama kawan aku (of course bukan nama sebenar). Biar
korang tak keliru. Dan aku pun senang nak cerita. Kalau tak faham. Baca
berkali-kali sampai faham. Hadam! Baik, kawan-kawan aku adalah Didi,
Mama, Sasau, Fafa, Haha.
Antara
kami berenam ini Didi agak unik sikit. Dia boleh nampak makhluk halus.
Setiap masa dia boleh nampak atau rasa kehadiran benda itu. Tak
semestinya bila dia duduk sorang-sorang. Nak dijadikan cerita, Didi ini
sakit teruk sebab masalah makhluk halus ini. Family dia ada masalah
saka, masalah kena santau dengan jiran. Itu yang dia cakap lah. Kitorang
iya kan saja. Dan Didi ini satu bilik dengan Sasau.
Satu
hari itu, Didi ngadu sakit teruk. Dia balik kampung nak pergi berubat
katanya. Jadi kitorang pun relax saja. Hal family dia. Tak nak kacau.
Nak dijadikan cerita, diam-diam Didi ada call Haha. Dia cakap yang dia
kena santau dengan housemate dia! Terkejut aku. Macam tak logik gila.
Padahal kitorang selama ini happy-happy je. Makan berjemaah. Kadang
share masalah sesama. Dah macam family kot. Tapi, kenapa? Apa
masalahnya?
Didi
cakap kitorang semua kena pergi berubat sebab kitorang dah termakan
‘benda asing’. Makanan kitorang selama ini telah disantau. Dan selama
beberapa minggu ini hanya seorang je yang sentiasa ada masa untuk masak
buat kitorang iaitu Sasau. Didi cakap selama ini dia ada nampak makhluk
itu dalam rumah. Cuma dia tak hiraukan sebab nampak macam tak kacau.
Aku
sentap kot. Sampai hati Didi rahsiakan. Well, mungkin dia tak nak bagi
kitorang risau. Lagipun bukan senang nak cari rumah sewa. Ini pun kami
dah berhempas pulas cari. Bila dah jumpa, ujian sebegini pula. Bila
ingat balik, kesian Mama kena usik ketuk-ketuk pintu tandas. Fuh! aku
selamat tak ada kena usik. Kalau kena pun bukannya aku rasa. Deria rasa
ke-7 aku ni kurang. hahaha. Didi bagitahu lagi yang semuanya angkara
Sasau. Sasau berniat untuk tuju pada Didi. Ya, roomate sendiri yang
buat.
Kitorang
curious macam mana Didi boleh tahu semua ini? Didi terangkan yang ada
malam itu dia pergi berubat dengan orang alim. Makhluk itu masuk ke
dalam salah seorang saudara dia. Makhluk itu cakap yang dia benci dekat
Didi. Dia santau Didi sebab Didi ini selalu solat, baca quran, belajar
pandai, orang ramai minat dan beberapa sebab keduniaan (aku dah tak
berapa ingat). Orang alim cakap yang orang yang buat itu dekat dengan
Didi. Orang itu bawa makhluk itu sekali masa tumpang Didi dari kampung
balik kampus. Plus, dia siap ada letak serbuk apa entah dalam kereta
Didi termasuk dalam makanan. Semata-mata nak tengok Didi sengsara. Dia
juga bersekongkol dengan tuan rumah sebab katanya tuan rumah berkenan
dengan Didi. Nak ngorat tak dapat, guna cara halus. Siap bagi air putih
dengan perfume limau nipis. Konon untuk pedinding padahal entah apa ada
dalam itu. Aku pun dah terlanjur minum. Percaya punya fasal.
Patutlah
malam yang sama itu dalam rumah ini Sasau dah macam apa dah. Cacing
kena panggang kot. Aku tengok dah macam nazak. Tarik nafas tak cukup.
Dada berombak-ombak. Ajar syahadah tak nak ikut. Bila temberang Sasau
dah pecah. Aku akui kitorang lain sikit dah tak makan dekat rumah
berjemaah. Elak dengan masakan dia. Jangan cakap kitorang ini pemalas.
Tak nak masak. Sebenarnya selama ini kitorang bergilir masak cuma dia
suka lead. Bukannya biar dia terkontang-kanting dekat dapur sesorang.
Kitorang ada setiap kali dia masak tapi tak perasan bila dia masukkan.
Kalau tak mesti lah dah tanya letak apa dalam makanan itu. Kadang aku
geram je nak tanya direct dekat dia. Tapi bila ingat Didi masih dalam
sakit dan takut dia makin buat dekat Didi. Aku sabarkan saja.
Bukti
lagi kuat mengatakan Sasau memang dalangnya bila Mama nampak Sasau
berdialog seorang diri di depan pintu. Seperti cakap dengan ‘sesuatu’
lepas itu siap hulurkan tangan macam ambil benda atau salam. Bila
ditanya dia buat apa, dia cakap ambil penawar dari nenek dia. Gila!
Bukannya nenek kau dah arwah ke? Senyap je lah. Buat-buat macam tak
faham.
Aku
kesian sangat dekat Didi. Sakit yang dia tanggung sampai banyak kali
ponteng kelas. Dekat beribu dah duit habis pergi berubat. (kes buatan
orang lain juga). Yang paling aku tak dapat terima bila Didi cerita dia
hampir jatuh dari tingkat 2. Kisahnya bila dia tengah dalam kelas. Dia
dengar macam ada orang panggil dia. So dia keluar nak tengok siapa yang
panggil. Dia nampak tuan rumah dekat groundfloor. Dia kata tuan rumah
melambai panggil dia sampai dia hampir nak jatuh sebab nak pergi dekat
tuan rumah. Nasib ada yang tegur dia. Jadi dia sedar balik.
Kitorang
pernah test Sasau untuk lafaz syahadah. (Ini pun dari suggestion Didi).
Dia boleh sebut “asyhadu an la ilaha illah” tapi next dia berdalih
untuk lengkapkan. Means dia tak mampu lafaz “wa asyhadu anna muhammadan
rasulullah”. Lafaz syahadah dia tak lengkap! Terjemahan bahasa melayu
pun dia tak dapat lengkapkan. Innalillah. Takut aku mati dalam munafik.
Wa iyyazubillah.
Sejak
hari itu kitorang pantau dia. Tak bagi dia duduk sendirian. Kalau masuk
waktu solat mesti ada yang duduk pastikan dia selesaikan solat. Apa
yang dibacanya itu lain cerita. Kalau berpura-pura pun moga sedar. Bila
dah selalu buat. InshaAllah, terbit rasa insaf. Mudah-mudahan. Doakan
lah ya. Bila kata geram memang geram tapi tak ada guna kalau hasad
dibalas hasad. Buat sahabat, moga kau temui makna kehidupan untuk
pengakhiran yang baik. Buat mereka yang tengah sibuk menyantau. Ingat!
Kematian bagaimana engkau idamkan? Dalam kau sibuk nak mematikan orang.
Agak-agak kau tahu bila kau akan mati? Please lah, kembali pada Allah.
Jangan bersekongkol dalam kesyirikkan. Aku cakap sebab aku sayang
korang. Memang aku tak rasa hidup dengan makhluk (yang mungkin kau tak
nak pada mulanya) tapi cukup lah aku kongsi rasa bila jadi mereka yang
disantau. Walau nampak sikit tapi serius hilang nikmat ketenangan.
Diselubungi kegelisahan tanpa sebab. Kadang bunyi-bunyi. Badan pun lesu.
Mental weh. Nak lagi asyik ponteng kelas. Terpaksa drop. Extend sem.
Lambat grad. Itu belum cerita bab pressure family lagi. KREDIT Ohsem
Papa
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :