HOUSTON: Sekumpulan lapan banduan bergari di Texas merempuh keluar dari
sel mereka dalam usaha menyelamatkan nyawa seorang pengawal penjara yang
diserang sakit jantung.
Mereka dikurung dalam sel di Bangunan Mahkamah Daerah di bandar raya Fort Worth ketika kejadian.
Satu-satunya
pengawal yang ditempatkan bersebelahan sel berkenaan berjenaka dengan
banduan terbabit apabila beliau tiba-tiba rebah disebabkan degupan
jantung terhenti, lapor Daily News.
Tahanan kemudian mula menjerit meminta bantuan tetapi tiada siapa di tempat berhampiran.
Ketika
itu, salah seorang banduan berjaya memecahkan pintu sel dan kumpulan
berkenaan mendekati pengawal berkenaan yang rebah tanpa denyutan nadi.
Mereka terus menjerit meminta tolong dan mula mengetuk pintu dalam usaha terdesak menarik perhatian seseorang datang ke sel itu.
Pegawai
lain yang berada di tingkat atas mahkamah mendengar bunyi bising dan
bergegas turun, menyangka mereka bergaduh sesama sendiri.
“Saya
tidak terfikir untuk tidak membantu sama ada beliau ada senjata atau
lencana. Jika beliau jatuh, saya akan membantunya,” kata seorang
banduan, Nick Kelton, kepada stesen 11 WFAA TV.
Apabila
pegawai lain akhirnya tiba, mereka mengurung semula banduan dan
menghubungi perkhidmatan kecemasan dan memulakan kaedah bantuan
pernafasan (CPR) ke atas pengawal berkenaan.
Kunci sel berkenaan diperkukuhkan selepas banduan terlepas demi melakukan kebaikan, menurut laporan. – AGENSI
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :