"Pelajar rajin, kerja sekolah siap. Pergi ke sekolah, berjalan kaki selama 30 minit. Juga pernah menang acara merentas desa. Kasutnya rosak mungkin akibat banyak berjalan.
"Dan kita masih boleh makan sedap-sedap tanpa menoleh kiri kanan, dan kita berdoa dengan Tuhan supaya Tuhan memakbulkan doa kita. Sedangkan kita tidak sedar bahawa, ada insan yang memerlukan, sedang menunggu doanya dimakbulkan," kata Wan Haswari.
Namun niat untuk membantu tersekat kerana Wan Haswari masih belum mempunyai maklumat lengkap mengenai remaja berkenaan.
Bersyukurlah wahai anak-anak zaman sekarang yang serba serbi lengkapnya kamu dihantar ke sekolah berbanding remaja ini yang tidak begitu baik nasibnya.
Jangan salahkan pihak sekolah, mungkin mereka terlepas pandang akan masalah yang dihadapi oleh pelajar ini.
Jika anda mempunyai maklumat mengenai pelajar ini, sila kongsikan bersama agar dapat disampaikan bantuan kepadanya. - The Reporter
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :