Safiey sekelip mata menjadi begitu popular dan kerap diundang ke dalam program dakwah dan motivasi bagi memberikan inspirasi kepada mereka yang senasib dengannya. Pengalaman hijrah Safiey yang dikongsikan menerusi temubual media perdana turut mendapat perhatian luar biasa masyarakat.
Pun begitu, perubahan Safiey Ilias itu sayangnya tidak mampu bertahan lama. Apakah sebabnya? Di bawah ialah penjelasan dari Safiey Ilias untuk semua yang mengecam tindakannya untuk kembali menjadi maknyah.
"Assalammualaikum semua . Sebelum tu saya nak mintak maaf andai posting ni panjang lebar . Cuma ini luahan saya . . Saya sebenarnya dah terlampau penat untuk menjadi baik dengan kembali kepada fitrah . Sebab apa jua yang saya buat masih ada orang tetap tak puas hati dan mempertikai .
Saya jadi pondan orang hina , saya jadi lelaki pun orang hina dan orang pertikai . Ada yang kata saya tunggang agama , ada yang kata saya gunakan agama untuk bisnes dan bermacam lagi sejak penghijrahan saya tempoh hari .
1-2 kali tohmahan mungkin saya boleh tahan tapi kalau beratus kali ia beri efek pada mental dan emosi saya . Saya dah jadi lelaki pun org tanya mana misai dan janggut saya . Entah lah . Saya fedup . . Terus terang cakap saya penat sangat2 dan tak tahu nak tuju kemana lagi untuk bawak diri .
Setiap apa yang saya lakukan semua orang masih tak puas hati . Dah tak ada gunanya saya menjadi baik kalau saya terus dilemparkan dengan pelbagai kata2 hinaan . Saya pun ada perasaan tipu kalau saya kata saya tak sedih dengan semua ni .
Sumpah saya penat sangat2 . Sana sini orang fitnah , dan org tak habis2 kaitkan penghijrahan saya dengan bisnes . Memang agaknya korang tak boleh pisahkan dua benda ni drpd saya . Maaf tapi bisnes saya dh meletops 3 tahun lalu sejak saya menjadi pondan lagi . Tak perlu nak cakap saya berhijrah sebab bisnes saya tengah down , nak bayar Hummer tak boleh bayar , saya jual kereta mini Cooper sebab bisnes tengah lingkup , dan bermacam lagi dakwaan lain . Saya penat lah dengan semua ni . Saya tak penah ada masalah kewangan ! .
Saat ni , hari ni , saya betul2 nak mintak maaf dekat semua followers saya yg mengkagumi saya tak kesah lah atas apa jua sebab sama ada pghijrahan saya mahupun kejayaan bisnes saya , saya ambik keputusan untuk jadi pondan semula sebab saya dah terlalu penat melalui dugaan yang tak pernah putus2 . Saya dah penat nak layan dan hadap tohmahan korang semua bila saya jadi baik pun org bercakap . Biarlah saya menjadi diri sendiri dan happykan diri saya ikut cara saya . .
To all my family , saya mintak maaf sangat2 sebab kecewakan harapan akak2 saya dan mak ayah saya . Tak perlu lah nak libatkan mereka dalam keputusan yg saya ambik hari ini sebab mereka pun sedih dan kecewa . Tak perlu libatkan mereka apa2 dan tak perlu nak blame mereka macam korang blame saya . Keputusan saya ni biarlah saya yang tanggung dan biarlah saya yang hadap . Hanya family yg tahu apa yg saya lalui . .
Kepada kawan2 saya terutama Harry Zulkifli , aku harap ko terus tabah dan istiqomah dalam penghijrahan yg berliku dan pedih ni . Maafkan aku sebab tarik ko berhijrah dlu tp aku yang terkandas dulu . Aku dh pnat sgt2 dan ko sendiri yg tahu apa aku lalui . Teruskan melangkah dan doakan aku . .
Kepada Sheikh Sulaiman , Azie Shaziana dan Syarifah Furaiha , maafkan saya tau sebab saya telah mengalah dan tewas kali ni . Korang baik sangat2 dan sentiasa beri moral support pada saya . Thanks u jugak kepada org kuat Al Hijrah yg mesej saya tadi dan siap doakan saya di depan Kaabah tadi . Thanks u juga pada ustaz2 dan Daie Wan Dazrin sebab whatsapp saya tadi .
Maafkan saya buat anda semua kecewa . . Akhir kata , doakan saya semoga penamat hidup saya dikembalikan dalam keadaan yg sebaik baiknya . Thanks u sangat2 sebab korg sentiasa mendoakan saye . Harap Allah beri ruang untuk saya . . So sorry sahabat2 semua . Saya penat .
Lepasni korg nk cakap apa korg cakap lah saya dah tak kesah . Now saya buktikan kpd korang semua saya tak kisah bisnes saya lingkup atas keputusan saya ni sebab saya tak pentingkan bisnes dah ! Stop cakap saya berubah itu ini sebab bisnes dan duit . Perlaking saya meletops dulu sebelum saya berhijrah lagi . Biarlah saya menjadi diri saya sendiri . Kalau nak viralkan pun saya tak kisah dan saya tak akan jawab apa2 dah pasal isu ni . Orang dah jadi jahat dan jahil , nak cakap apa pun cakap lah dah memang kita jadi jahat . . Ig ni ig betul saya . Ada pihak siap buat akaun fake dah nak tambah followers . Pelik2 korang ni . Saya give up . Sorry again . Wasalam . Nite
Safiey Ilias
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :