SUSULAN penyebaran video seorang pengetua dan guru sekolah bercumbu di dalam sebuah bilik pejabat, satu siasatan akan dijalankan untuk mengetahui kesahihannya.
Dalam video berdurasi kira-kira lapan minit itu, seorang wanita bertudung, dipercayai seorang guru, dilihat bermesra dengan seorang lelaki pertengahan umur yang dikatakan pengetua sekolah.
Ia mula disebarkan oleh seorang pemilik akaun Facebook menggunakan nama Jones Jangkat, 15 September yang lalu.
Invalid Domain Name
Dalam kapsyennya, Jones menyatakan kedua-dua mereka adalah guru dan pengetua.
Ia setakat ini sudah menerima lebih 1.5 juta tontonan, dengan hampir 30,000 perkongsian.
Bagaimanapun, identiti kedua-dua individu itu tidak dapat dipastikan. Lokasi dan tarikh video itu diambil juga tidak jelas.
Free Malaysia Today hari ini melaporkan, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Kamarozaman Abdul Razak memberitahu Berita Harian, pihak mereka akan menjalankan siasatan untuk memastikan sejauh mana kebenaran dakwaan tersebut.
Jika benar, tindakan akan diambil kerana kelakuan itu disifatkan tidak senonoh dan memalukan.
Sumber: pedahdesik
SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :