Artikel ini merupakan sambungan daripada “Ultrasound Semasa Isteri Hamil Bahagian 1“
Mengapa Perlu Lakukan Pengimbasan Ultrasound?
Sebenarnya perlu difahamkan sepenuhnya mengapa kaum hawa menjalani pengimbasan ultrasound. Prosedur ini sebenarnya penting untuk mengetahui permasalahan kandungan isteri anda.
Hasil selepas pengimbasan berkemungkinan membuatkan isteri anda semua perlu menjalani lebih banyak ujian yang lain.
Bagi kebanyakan wanita ynag hamil, pengimbasan ultrasound akan menambah keyakinan bahawa bayi mereka berkeadaan sihat dan semuanya berjalan lancar.
Ujian Ultrasound juga akan mengesan tanda-tanda tidak normal pada kandungan anda. Maka, isteri anda perlu melalui ujian-ujian saringan untuk mengetahui keadaan sebenar dan sekiranya rawatan masih boleh dijalankan, maka isteri anda harus menjalani rawatan mengikut saranan pengamal perubatan.
Ujian ultrasound mampu mengesan banyak tanda-tanda tidak normal namun bukan semua dapat dikesan semasa ujian dijalankan.
Ini disebabkan faktor umur, kedudukan bayi, saiz dan jenis abnormal yang terjadi.
Imej yang jelas juga bergantung kepada peralatan yang digunakan dan bagaimana gelombang ultrasound melalui perut si ibu.
Sebagai contoh, imej akan menjadi kurang jelas sekiranya perut si ibu tebal dan berparut! Alamak. Kena amalkan ESP ni bagi kulit perut cantik dan kurang parut.:)
Jadi, bagi saya ujian ultrasound ini amat baik dijalankan oleh para ibu demi memastikan keadaan kandungan berada pada tahap yang baik.
Adakah Selamat Melakukan Ujian Ultrasound?
Sejak lebih 30 tahun, pengimbasan ultrasound telah dijalankan ke atas wanita hamil. Kajian membuktikan bahawa ujian ultrasound adalah selamat dan pada masa ini juga, tiada percanggahan untuk membuktikan bahawa ujian ini berbahaya.\
Kebanyakan ujian dalam bidang perubatan ni mempunyai manfaat yang amat besar berbanding risiko.
Sekiranya ibu-ibu merasa risau untuk menjalankan ujian ini, sebenarnya Peraturan Peranti Perubatan oleh FDA telah menggariskan beberapa undang-undang berkenaan peranti perubatan. Ini akan membantu memastikan ultrasound adalah selamat apabila digunakan bagi tujuan perubatan.
Di Malaysia pula, Akta Peranti Perubatan (Akta 737: 2012) turut menggariskan perkara yang sama. Dan setiap pembekal peranti perubatan mesti melalui prosedur yang tepat sebelum memasarkan peralatan mereka di Malaysia.Peraturan-Peraturan Peranti Perubatan 2012 telah memperincikan hal-hal berkaitan agar diambil secara serius oleh pembekal peranti perubatan.
Ultrasound tidak patut dilakukan jika:
Persatuan Obstetrik dan Ginekologi dan Kesihatan Kanada menyatakan bahawa, ujian ultrasound tidak sepatutnya dijalankan sekiranya:
- Semata-mata untuk mendapatkan gambar bayi dan BUKAN atas sebab perubatan
- Semata-mata nak tahu jantina anak dan bukan atas faktor perubatan
- Untuk tujuan komersil sebab nak buat video bayi untuk tujuan pemasaran
Saya berharap ibu-ibu dapat menjaga kesihatan diri dan kandungan anda semasa kehamilan ini dan tambahkan pengambilan suplemen untuk menambah tenaga sepanjang kehamilan. Apakah suplemen yang perlu untuk ibu hamil?
- ESP – Pembekal tenaga dan menjadikan bayi anda berkulit halus mulus
- B Complex – Memastikan bacaan HB ibu berada ditahap terbaik dan sumber asid folic
- Ostematrix – Elak kaki cramp dan elakkan anda buasir
- Omega Guard – Membantu perkembangan otak bayi
- Vitalea – Elakkan anemia semasa hamil dan untuk kecergasan ibu
The post Ultrasound Semasa Isteri Hamil – Suami Wajib Tahu! (Bah. 2) appeared first on LelakiSihat.Com - Tips & Info Kesihatan Lelaki.
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :