Kebiasaanya isteri hamil akan buat pemeriksaan atau scanning pada minggu kehamilan ke 18 hingga 21. Ultrasound sebenarnya jenis gelombang berfrekuensi tinggi dan akan melalui kulit manusia dan akan memberi tumpuan pada bahagian tertentu dan mampu membentuk imej dari dalam badan manusia.
Alat pengimbas ini dikenali sebagai transducer. Transducer ni nanti akan mengumpul semua gelombang yang dihasilkan oleh organ-organ dalam badan. Sebab tu, bila buat scan memang akan kelihatan imej kandungan anda.
Ultrasound ni berbeza dengan X-Ray sebab ianya tidak menggunakan sinaran beradiasi. Maka, ultrasound ini bolehlah di kategorikan sebagai pengimbasan yang selamat untuk ibu dan bayi. Dan memang meluas sangat penggunaan ultrasound ni dalam bidang perubatan.
Tujuan Sebenar Pemeriksaan Ultrasound
Ok. Sebenarnya, pemeriksaan ultrasound ni bertujuan untuk:
- Memeriksa tumbesaran dan tahap kesihatan bayi
- Mengesan sekiranya ada keabnormalan (abnormalities) bayi dalam kandungan
- Jumlah sebenar bayi dalam kandungan (Mungkin bayi anda kembar?)
- Umur bayi sesuai dengan saiz semasa pemeriksaan dijalankan
- Perkembangan organ dalaman bayi anda
- Memeriksa kedudukan uri (plasenta) sebelum bayi dilahirkan
- Mengesan tanda-tanda penyakit/masalah genetik pada bayi
- Memeriksa sekiranya ada masalah pada rahim ibu (uterus,tiub fallopio dan ovari)
- Memeriksa posisi sebenar bayi
Apakah Yang Berlaku Semasa Pengimbasan Ultrasound Dijalankan?
Sebelum isteri menjalani pengimbasan ultrasound, sewajarnya anda mendapatkan maklumat yang tepat terutamanya berkenaan prosedur dan dimanakah tempat sepatutnya isteri anda dapatkan pemeriksaan.
Orang yang bertanggungjawab menjalankan pengimbasan ultrasound dipanggil ultrasoundgrapher. Kebiasaanya isteri-isteri akan diminta berbaring dan akan disapukan dengan gel anti gerseran (lubricant gel) yang berwarna cerah.
Gel ini akan membolehkan transduser bergerak dengan mudah pada kulit isteri anda.
Anda mungkin akan merasa tekanan yang ringan tanpa rasa sakit sepanjang prosedur ini berjalan. Prosedur akan berjalan selama lebih kurang 30 minit namun sekiranya ujian-ujian lain perlu dijalankan, maka yang akan mengambil masa yang lebih.
Ada kalanya, ultrasound perlu dilakukan melalui faraj. Transduser khas akan diletakkan ke dalam faraj dan waktu ini kebanyakan wanita akan merasa sakit semasa prosedur dijalankan.
The post Ultrasound Semasa Isteri Hamil – Perlukah Anda Tahu? (Bah. 1) appeared first on LelakiSihat.Com - Tips & Info Kesihatan Lelaki.
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :