Sensasi

Tampil Tanpa Seurat Benang, Lea Michele Tayang Tatu Nama Mendiang Kekasih

Foto - www.bustle.com

Pelakon siri Glee, Lea Michele tampil berani beraksi tanpa seurat benang bagi menghiasi keluaran terbaharu majalah kesihatan Women’s Health UK.

“Buat masa ini, secara fizikalnya saya berada dalam bentuk yang terbaik, dan emosi juga. Saya tidak sempurna, saya tidak cuba untuk menjadi gadis yang sempurna, tetapi saya sukakan diri saya sendiri, kelemahan dan semua yang ada pada diri,” jelas Michele dalam Women’s Health UK edisi bulan September 2016.

Menjadi tumpuan dalam edisi berjudul ‘the naked issue’ kali ini, Lea menunjukkan secara jelas tatu dengan nama mendiang kekasihnya ‘Finn’ di bahagian kiri punggungnya.

Tatu itu didedikasikan Lea buat mendiang kekasihnya, Cory Monteith yang membawa watak Finn Hudson dalam drama muzikal popular itu. Cory ditemui mati di sebuah bilik hotel di Vancouver, Kanada pada 13 Julai 2013.

SUMBER

Sumber: http://www.wanista.com


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.