Bekas penyampai radio, Farah Fauzana bakal mengakhiri zaman bujangnya dengan seorang ahli perniagaan berusia 30-an pada 17 September ini.
Perkara tersebut disahkan Farah Fauzana atau nama sebenarnya Farah Fauzana Mohd. Fadzil, 36, dalam satu sidang media yang diadakan di De Wan, Neo Damansara pada petang Isnin.
Menurut Farah, lelaki pilihan hatinya itu seorang lelaki bujang dikenali sebagai Hafiz yang berasal dari Perak tetapi menetap di Shah Alam.
āSukacita saya umumkan yang saya akan melangsungkan pernikahan dengan lelaki pilihan saya pada 17 September 2016.
āMajlis akad nikah akan berlangsung pada jam 9 pagi diikuti dengan majlis resepsi pada pukul 12 tengahari di Dewan Mustapha Kamal, Neo Damansara yang akan dihadiri oleh kaum keluarga dan sahabat-sahabat saya,ā katanya pada sidang media tersebut.
Tambahnya lagi, dia mengenali Hafiz sejak dua tahun yang lalu sebelum majlis merisik di kediamannya pada Februari lepas.
āTiada majlis pertunangan selepas ini dan kami mengambil keputusan untuk terus melangsungkan perkahwinan.
āSepanjang dua tahun perkenalan, selalu juga kami keluar bersama tetapi orang mungkin tidak perasan kerana kami selalunya keluar dengan kawan-kawan yang lain.
āSaya dikenalkan dengan Hafiz oleh seorang teman ketika kami sama-sama menghadiri sebuah majlis. Dari situ kami saling berhubung dan tidak sangka pula kami serasi,ā katanya.
Farah berkata, keperibadian Hafiz menyebabkan dia terbuka hati untuk menerima kehadiran lelaki tersebut ke dalam hidupnya.
āHafiz seorang yang pendiam, penyabar dan yang paling penting mempunyai pegangan agama. Kami banyak persamaan dari beberapa sudut cuma dia ākurang gilaā.
āDia juga seorang yang memahami kerjaya saya dan tidak pernah suruh saya berhenti kerja selepas bergelar isteri nanti,ā ujarnya.
Dalam pada itu, Farah turut berkongsi tentang ibu dan bapanya yang tidak pernah memberikan tekanan mengenai jodoh.
āMereka ialah ibu dan bapa paling āsportingā. Saya bersyukur kerana mereka selalu memberi semangat kepada saya dan menyokong saya selama ini.
āSelalunya yang rajin bertanya tentang perkahwinan ini, makcik-makcik saya,ā selorohnya.
Terdahulu, menerusi laporan Kosmo Online pada Ahad memberi bayangan Farah Fauzana atau lebih dikenali dengan panggilan FaFau bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat selepas menghantar undangan ke majlis sidang media baru-baru ini menggunakan āRSVP by Fara Fauzanaā.
LAYARI

LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :