1. Ramai yang 'terbakar' semalam akibat membeli kereta baru. Marahnya luar biasa.
2. Dengan rasa rendah hati, izinkan saya ulangkaji bagaimana nak membeli kereta baru berdasarkan gaji dan kemampuan kita.
3. Harga kereta kita adalah bersamaan setahun gaji kita.
4. Jika gaji RM3,000 x 12 = RM36,000. Ini bersamaan harga Proton Saga FLX, Perodua Axia atau Myvi sahaja.
5. Jika gaji RM9,583 x 12 = RM RM115,000. Ini bersamaan dengan Honda baru, baru boleh beli.
6. Guna juga fomula ini dalam menentukan kereta layak beli;
20:5:15
20% Deposit Awal Kereta
5 Tahun Tempoh Pembiayaan
15% dari gaji untuk bayaran kereta. Pastikan di bawah 15%
7. Jika gaji tak cukup, tetapi nak beli kereta juga sebab keperluan keluarga atau kerja, saya cadangkan beli kereta terpakai saja. Ia bukan dosa.
8. "Tapi salesman kata gaji saya lepas, layak pakai kereta Honda Baru nie?"
Adik yang mulia, dalam dunia ini ada dua jenis manusia. Pertama JURUJUAL, kedua PENASIHAT.
Pilih nak dengar cakap siapa, masa depan kita bukan di tangan mereka.
9. Jika kita mampu beli kereta Honda Civic Baru, kita mampu beli sebuah rumah sebenarnya. Kita salah 'kira' kita marahkan yahudi punya angkara.
10. Jika bayaran kereta baru RM1,200 sebulan, kita dah boleh beli sebuah rumah pangsa di Seksyen 7 Shah Alam bawah RM200,000 sebulan.
11. Sahabat berniaga saya beli kereta 'Mahal' untuk atasi kadar cukai yang mereka kena. Mereka bijak bergaya.
12. "Tapi saya dah 'terbeli kereta baru', dan loan rumah pun dah tak lepas. Nak buat macam mana?"
Anggaplah itu yuran 'kebodohan' kita pada suatu masa dulu. Semua orang pernah melakukan kesilapan, yang penting bertaubat.
13. Rumah lebih utama dari kereta, itu nasihat saya. Jika nak beli kereta Honda baru dan teruskan hidup menyewa, silakan saja. Saya tumpang 'bahagia'.
14. Baca tulisan dan pengalaman Dr Mohd Fadhil Mohd Fauzi dan Harith Faisal tentang kereta dan hartanah juga. Baik tulisannya.
15. Saya pernah kongsikan bagaimana caranya untuk membeli rumah dan dapat kereta percuma, boleh baca kembali tulisan saya. Ianya percuma.
Azizul Azli Ahmad | Pemandu Produa & Cikgu Sekolah Rendah Sahaja | PIXEL MEDIA
Sumber: pixelperfext
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh
Share Artikel Ini :