Umum

Rugi Beri Nama Anak Panjang-Panjang

Tak sukar untuk menjadi bapa yang terbaik kepada anak-anak. Bila nampak anak dari jauh, segeralah kita memberi salam.

"Assalamualaikum Muhammad Ammar!" ucapkanlah begitu dan berikanlah senyuman sampai ke telinga kepadanya meskipun emosi kita tidak begitu baik pada masa itu.

Jangan panggil  anak dengan nama pendek-pendek. Panggillah mereka dengan nama yang penuh. Kalau nama anak panjang-panjang sampai 3 4 patah, siapa suruh letak nama anak panjang-panjang? Kan dah susah?

Nama anak Muhmmad Tuan Anas Mikail Izrail Israfil Jibril, tetapi bila nak panggil anak,




"Nas, ke sini kejap!"

Nampak tak? Rugi bukan, letak nama anak terlalu panjang.

Bila kita kerap memberikan salam, peluk dan ciumlah mereka. Hadiahkanlah sesuatu kepada mereka apabila mereka sukses dalam pelajaran atau apa-apa saja bidang yang mereka ceburi. Kerana di otak mereka akan tersimpan satu perasaan cinta dan sayang kepada bapanya..

Amalkan setiap hari, latih otak mereka untuk mencipta satu memori 'Cinta & Sayang' kepada bapa. Apabila mereka sudah dewasa kelak, mereka mudah untuk dibentuk.

Jangan kita tunjuk emosi yang tidak baik kepada anak-anak. Juga jangan  memarahi isteri di depan anak-anak atau marah pekerja di depan anak-anak. Pendek kata, jangan sesekali tunjukkan sesuatu yang negatif dan stress di hadapan mereka.

Orang dulu-dulu kata, ibu bapa saja cakap kenyang di depan anak-anak. Sedangkan sebutir nasi pun belum masuk dalam perut mereka. Selepas anak-anak kenyang, ada ibu bapa menghabiskan sisa-sisa makanan dari pinggan mereka. Inilah sifat orang dulu yang tidak mahu memberi anak mereka tahu masalah mereka. Sedikit pun mereka tidak mahu memberi anak mereka rasa tertekan.

Namun, jangan pula dimanjakan sangat anak-anak. Apa yang mereka mahu, semua kita belikan. Jangan! Ini adalah berbahaya! Minda nak-anak boleh rosak bila kita terlalu memanjakan mereka. Didik mereka faham akan erti susah payah untuk mendapatkan sesuatu.

Peranan bapa sangat penting dalam mendidik anak-anak. Bukan kerja bapa nak marah anak-anak tetapi sifat bapa perlulah tegas dengan anak-anak. Namun, tegas biarlah bertempat. Kerja ayah wajib tunjuk akhlak yang baik di depan anak-anak.

Sedih bila melihat ada segelintir bapa yang merokok di depan anak-anak. Bila anak menghisap rokok, mereka pukul dan marah. Jangan pukul mereka, tetapi suruh anak pukul kita kerana kita yang menunjukkan akhlak yang tidak baik pada mereka.

Nabi SAW mendidik anak-anak dalam suasana kasih sayang. Suasana cinta Allah dan Rasul sehingga anak-anak Nabi SAW sanggup berlapar demi Allah dan Rasul.

Nabi SAW adalah ayah yang terbaik di alam ini sehingga hari kiamat. Oleh itu kita wajib jadikan Nabi SAW sebagai contoh dalam kehidupan seharian kita. Bapa mesti menjadi kawan kepada anak. Apabila mereka menganggap kita sebagai kawan, bila ada masalah, mereka akan kongsikan dengan kita.

Moga Allah pilih kita menjadi bapa dan ibu yang baik kepada anak-anak. - Matt Rangers

SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.