Berita

Pelajar Maut Terjatuh Dari Tingkat 3


PUTRAJAYA - Seorang pelajar lelaki Sekolah Menengah Presint 9 (2) Putrajaya, maut selepas terjatuh dari tingkat 3 bangunan, pagi tadi. 

Dalam kejadian jam 9.40 pagi tadi, mangsa, Azim Hakimi Bin Abu Shuja, pelajar tingkatan 3 Elit, SMK Presint 9 (2) maut terjatuh dari tingkat tiga selepas cuba mengambil beg rakannya. 

Menurut laporan Daily Traffic Report, punca kejadian mangsa cuba mengambil beg rakannya yang telah dibuang keluar oleh rakan yang lain. 

"Namun, ketika mangsa melompat keluar, mangsa gagal mengawal diri untuk bertahan dan terus terjatuh ke bawah," kata sumber. 

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Putrajaya untuk dibedah siasat. 

Polis juga sedang mengambil keterangan beberapa saksi (rakan mangsa) untuk membantu siasatan. - PIXEL MEDIA


As salam dan Salam Sejahtera Tuan/Puan.

KES MELIBATKAN PELAJAR SEKOLAH JATUH BANGUNAN DI SEKOLAH MENENGAH PRESINT 9 (2) PUTRAJAYA

Pada jam 29 Ogos 2016, jam lebih kurang  0940hrs, satu kemalangan jatuh bangunan dari tingkat 3, melibatkan  seorang pelajar lelaki telah berlaku di SMK Presint 9 (2), Presint 9.

Butir mangsa:
Nama : Azim hakimi bin Abu shuja
No kp : 010718040589
Tingkatan : 3 Elit, SMK Presint 9 (2)
Alamat rumah : Lep  6/4 Seri Kembangan, Selangor.

Fakta kes:
Difahamkan punca kejadian pelajar terbabit cuba untuk mengambil beg kawannya yang telah di buang keluar oleh kawan lain. Tujuan tindakan beliau adalah untuk membantu pelajar tersebut mengambil beg yang telah dibuang. Namun ketika pelajar tersebut melompat keluar dan beliau telah gagal mengawal diri untuk bertahan dan seterus terus jatuh ke bawah.

Pihak Polis Kesan rakan mangsa (saksi) untuk rakaman percakapan berkaitan kejadian.

Pada jam 1100hrs pihak polis telah membawa mayat di hantar ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat.

Untuk makluman Tuan.

SUKAKAN ARTIKEL INI? SHARE!!
LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh


LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.