Sensasi

Eksklusif uqasha nekad berhenti pakai tudung ini punca sebenar dia dah tak nak pakai tudung

Pelakon cantik Uqasha Senrose nampaknya sekali lagi mengundang kontroversi apabila mengaku bahawa dirinya kini tidak lagi bertudung selepas tiga tahun mengenakan hijab.



Pelakon yang berusia 23 tahun ini memberitahu wartawan BH Online bahawa dia sedar bahawa khilaf itu datang daripada dirinya sendiri.


Kredit gambar: Instagram Jaydeems





“Selama tiga tahun, saya akui iman saya turun naik. Pendek kata memang tak konsisten. Saya masih muda dan keputusan bertudung itu hadir ketika hati masih berkecamuk selepas putus cinta. Mungkin juga saya tak fikir panjang.



“Saya seperti hilang arah tuju dan melihat tekad untuk bertudung itu dapat memulihkan semangat serta membuka fasa baharu dalam hidup. Tetapi sebaliknya yang terjadi.



“Malah dalam tempoh itu juga apabila keluar kontroversi itu dan ini, ada mulut yang lantang mendakwa lebih baik tak bertudung kalau buat perangai,” katanya ketika ditemui di sini, petang ini.



Terbaru, Uqasha tampil dalam satu majlis santai bersama adik beradiknya dalam keadaan hanya berselendang dan menampakkan sebahagian rambutnya.


Menurut Uqasha lagi, bukanlah mahu mempermainkan agama namun hanya mahu menjadi diri sendiri.



“Saya mahu jadi diri sendiri. Saya tak mahu dibayangi dengan kisah bertudung itu lagi. Saya rasa diri ini lebih mempermainkan agama dan seperti munafik jika bertudung tetapi tidak menonjolkan sikap yang bertepatan dengan gaya berkenaan,” katanya.



Menyedari bahawa dirinya bakal menerima kecaman dari netizen kerana kembali kepada imej asalnya, Uqasha sudah bersedia kerana dia lebih rela dihukum manusia daripada terus hidup kepura-puraan.



Malah sebelum ini, Uqasha juga pernah dikecam kerana gambarnya yang tidak bertudung dan berpakaian seksi semasa bercuti di Koh Lipe, Thailand tersebar di media sosial.

Sumber:jangantakviral

Sumber: ohviraljom



LAYARI
LIKE PAGE KAMI DI FACEBOOK @CiteHeboh

Share Artikel Ini :

Dikuasakan oleh Blogger.